welcOme ^^

~

Monday, October 31, 2011

'Check' diri~



hujan..
curahanmu ini..
mendinginkan suasana..~



Balik dari wad petang tadi, mata aku terasa berat..letih duty hari ini ditambah pula dengan curahan air dari langit membuatkan aku terlena sampai asar...

Petang yang segar rasenye,walaupun tak lebat dan hebat, tapi hujan petang tadi sudah cukup untuk menyejukkan isi alam, mendinginkan jiwa-jiwa yang kepanasan dan membasahkan hati-hati yang kekeringan..alhamdullillah syukur!~

Aku menjenguk satu fOlder yang memuatkan pelbagai artikel yang menarik hati.. lama aku menelitinya, banyak maksud tersirat yang disampaikan..~

Aku suke membacanya kerana ia sedikit sebanyak mengingatkan aku supaya selalu membuat ‘check list’ kehidupan yang aku jalani. Alpa!.. Selalu akan berlaku jika kita tidak pernah ambil tahu apa yang telah kita lakukan dalam kehidupan ini.


✿ܓ Bilamana nikmat ISTIQAMAH diberikan oleh Allah, maka hendaklah kita BERUSAHA dan BERMUJAHADAH untuk menjaganya..sesungguhnya istiqamah itu bukanlah sesuatu perkara yang mustahil..kamu, saya dan sesiapa jua mampu mengekalkan tahap KEIMANAN masing-masing berdasarkan biah yang terbentuk di dalam jiwa kita..✿ܓ

RAHSIA ISTIQAMAH dalam beramal : menjadikan apa yang ALLAH SUKA sebagai apa yang kita suka..(❤◕‿◕❤)



✿..Dalam kehidupan kita, ALLAH akan bagi satu PELUANG untuk kita berjumpa dengan orang yang betul MENYAYANGI diri kita, sekiranya kita LEKA..kita akan KEHILANGAN buat selamanya..tetapi kita tidak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tidak pernah SEDAR dan tidak pernah CUBA untuk MENILAI kehadirannya..mungkin setelah segalanya berlalu dan kita telah kehilangannya, masa itu barulah kita mula SEDAR kehadirannya cukup bermakna tetapi mugkin kita tidak berpeluang lagi untuk MEMILIKINYA..oleh itu, FAHAMILAH hati sesorang itu sedalamnya, curahkanlah rasa kasih sayang padanya SEIKHLAS HATI..✿

.•*´¯)❤..Jangan MENGHARAP untuk menggapai pelangi, andai rumput yang dipijak TIDAK dihargai..¸.•*´¯)❤



Hargailah setiap kesempatan yang diberikan~ Jam menunjukkan pukul 1 pagi..aku pulak sikit pn tidak terasa nak tido, hmm ni la akibatnye,bila mana aku tertido petang sampai sekarang rse ssh nak melelapkan mata.. dingin di luar pun x mampu nak kasi mata ni lelap. Aku mula menziarah dari satu blOg ke satu blOg yang laen..facebOok, mcm2 ada ' mcm iklan astro ' =P

Lama aku termenung sambil belek-belek nota kehidupan. Akhirnya,aku buka folder Saad Al-Ghamidi. Aku alunkan surah Al-Baqarah thru Mr Lappy ni....buat peneman tidur kononnya....alhamdulillah..



"Dengan nama Allah...aku hidup dan aku mati"...Zzzzzz

Friday, October 28, 2011

Jangan mencari kesempurnaan~

Suatu hari, Abraham berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.
“Besok saya bakal menikah, Abraham,” kata temannya dengan nada gembira.

“Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Abraham pernah berfikir untuk menikah?” tanyanya.

Abraham tersenyum dan berkata,

”Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya.”

Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.

“Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan.”

Tanya temannya, ” Abraham seterusnya pergi ke mana?”

Abraham kembali tersenyum “Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

“Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna.”

“Habis, kenapa Abraham tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?”

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Abraham membalas, ” Itulah, dia juga mencari suami sempurna.”



“…aku tidak mencari yang terlalu sempurna, tetapi cukup bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya..”

http://pakarcinta.com/blog/jangan-mencari-kesempurnaan/

Sunday, October 23, 2011

hang Out !~



Assalammualaikum~

Ahlan wasahlan to my belOg, berbahasa arab ana hari ini..still learning prOses - ps: cekgu sila beri tunjuk ajar ya =)

Hari ini tergerak rasa hati nak menjenguk laman sesawang yang satu ni..hari laen pun sama sbnrnye cuma ikut pada keadaan..

Minggu ni x dnafikan aku memang banyak menghabiskan masa bersama kawan2 terchenta, kebetulan kami dapat HK ( hari kelepasan ) pada hari yang sama. Xcited nak berjalan la ape lgi kn, plus memang dh plan lama nak hang out sama2 sekali dengan akk senior. Impian terlaksana, suke! =)

X tahu kenape kn bila dah bekerjaya ni aku rasa rindu n nak kembali zaman2 ber'title' student dulu..That's y bila tyme cuti je aku memang akan tersenyum sampai ke telinga lah, suke sangat punye pasal..rse lemah je langkah kalau nak ke wad, aduhai puteri ' alah bisa tegal biasa ' betoOl la kn pepatah tu tok mOtivate dri sendiri jgk~


ps : tke nOte, rjenkn dri ye..exm x lama dh awok..wish u best of luck!~







Wednesday, October 19, 2011

Yang tersiRat itu ~



♫•*¨*•.¸¸¸❤¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
Bukan saja-saja Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
Bukan saja-saja Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
Bukan saja-saja Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
Bukan saja-saja Allah memberikan UJIAN sebegitu..
Bukan saja-saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

Melainkan Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
Melainkan Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
Melainkan Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
Melainkan Allah mahu menguatkanmu..
Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Tidakkah mahu anda BERSYUKUR?
♫•*¨*•.¸¸¸❤¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

Monday, October 17, 2011

=(..


Aku tak thu,kekadang perasaan begini sering aku rasai ...sungguh di kala ini hati aku terasa begitu sedih..sayu, Aku tak tahu...Ya Allah, hati aku sungguh mengatakan yang aku sangat merinduiMu saat ini...Ya Allah, aku sedih...sedih aku mmbca tetapi tidak bersungguh2 memahami mkna ayat2 suciMu itu..sedih mengenangkn kelekaanku terhadapMu..sedih mngingtkn saat tibanya ajal aku nnti, yang aku sndiri tidak pasti diterima atau tidak..cukupkah amalan aku untuk bekalan? aku takut mengenangkan isi dunia kini yang makin banyak melahirkan umat yang tidak berperi kemanusiaan,yang murka terhadapMu..aku teringatkan akan isi2 dalam nashkah suci yang diutuskan melalui RasulMu yang mulia, perihal dunia akhir zaman...Ya Allah, dunia kini bermacam2 yang berlaku, bayangkanlah seorang kanak2 2 tahun yang digilis 2 buah kenderaan, orang yang lalu lalang betol2 di tempat kejadian boleh lalu tanpa menghiraukannya menyebabkan sebuah kenderaan laen menggilisnya pula, sungguh aku benci manusia mcm tu yang pentingkan diri sendiri !! sedangkan yang diorang nampak tu manusia,kanak2 kecik pulak tuu..sama bentuk fizikal bukannya haiwan...X terfikirkah kalau itu ahli keluarga mereka. Dalam suatu keadaan yang lain aku terkenangkan akan satu peristiwa dimana seekor anjing yang digilis kenderaan yang melintas, kelihatan seekor anjing yang lain tekun menarik anjing yang digilis ke tepi jalan...Wahai manusia, Yang Maha Esa mengurniakan sesuatu yang sangat bernilai untukmu, gunakanlah ia sebaek mungkin..Peristiwa budak 2 tahun yang digilis itu berlaku di China, di Malaysia berita terbaru yang membuatkn aku terkedu,bayi yang x bersalah dibunuh kejam.. benar setiap orang ade masalah masing2 tapi perlulah bersikap rasional menyelesaikan masalah tersebut bukan dengan mengambil jalan mudah dengan mengelar leher, belakang badan seorang bayi yang x bersalah..yang baru ingin mengenal isi dunia ini. Yang Maha Esa tidak sesekali akan membebani hambanya apa yang tidak mereka mampu ~ Yakinilah..

Ya Allah, aku ingin hatiku ini sentiasa terpaut padaMu..mengingati diriMu, tenang rasanye berkeadaan begitu...aku sedar aku hanyalah manusia biasa yang cepat alpa, lalai !..yang mana bila sahaja melalui suatu situasi yang laen, fikiran dan ingatanku terhadapMu luntur.. ampunilah kami, bantulah.. berilah petunjukMu buat dirku dan sahabat2ku yang laen~ Aku hamba yang lemah,yang x lepas dari berbuat kesalahan..Kerana itu aku sngat impikan seseorang yg mampu membimbing aku ke arahMu~ *BANYAKKAN MENJADI DARI MENCARI* aku suke words nih..=))

Friday, October 14, 2011

( ~_^ )



~ Renungan sejenak ~


SAHABAT..

ღ¸.•´¯)..Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
ღ¸.•´¯)..Andaiku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..
ღ¸.•´¯)..Andaiku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
ღ¸.•´¯)..Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera..
ღ¸.•´¯)..Andai hari ini PERTEMUAN terakhir kita, berdoalah moga "disana" kita dipertemukan semula..

>>>SUNGGUH, hati ini tidak KUAT untuk menempuhi jalan kehidupan berseorangan tanpamu di sisi..yang SETIA menemani..

Aku tahu KEBAHAGIAANKU tidak akan diambil orang lain kerana Allah telah menyediakan dan menetapkan ia HANYA untukku..kerana itu hatiku selalu TENANG..aku tahu Allah memerhatikan aku, kerana itulah aku MALU jika Allah melihatku sedang bermaksiat..dan aku tahu KEMATIAN itu sedang menungguku, kerana itulah aku selalu menambah BEKAL untuk hari pertemuanku dengan
Allah..✿ܓ

( ~_^ )



~ Renungan sejenak ~


♥♥..Fikirlah apa PANDANGAN bumi padamu..mungkin MEMINTA dikambus tanah?
Benci bila kau BERJALAN pada atasnya?
Senang bila kau menjejaknya?
Atau lebih baik kau TIADA daripada ada? ♥♥

>>> Cari FITRAH diri, insyaAllah senang kemudian hari..(✿◠‿◠)

Thursday, October 13, 2011

( ~_^ )



~ Renungan sejenak ~


~✿..Dalam hidup ini, kita kena selalu belajar BERDIKARI..cuba USAHA dengan kudrat sendiri dan MENGHARAP hanya pada Ilahi..bukan mahu MENYOMBONG pada manusia, cuma MENGELAK terbiasa bergantung pada yang tidak sepatutnya..usaha sendiri dulu..cuba dan terus cuba..sebab KEMUDAHAN tidak datang tiba-tiba dan KESUSAHAN tidak boleh diatasi dengan melarikan diri..✿~

ALLAH sayang kamu..(◠‿◠)

Wednesday, October 12, 2011

Msa terluang aku..huhuu ~


Ok, 10 min masa sebelum aku nak bersiap2 untuk ke wad..Terasa sgt la lemah kaki ni untuk ke sana...huhuu ~ bermOnolog sndirian ** keje ptri keje, tanggungjawab tuh...husyhh2, pegi jauh2 cepat duhai incik 'M'..suke ekori aku sejak aku ber'title' student dulu lgi..hehehh =P

Sejak aku bekerjaya nih terasa laen sangat...betOl, kalau dulu waktu blik je dari kelas kene settlekn mn2 esaiment, ulangkaji (aku ke nih yg rjen sgt) hahaa..At least tgok jgk la buku2 tuh.. urmmm,but nOw lepas hbis kje rase msa lebih bnyak,boleh spend lebih masa tok bc artikel2, nOvel, bku2 islamic motivasi yg aku suke bc tuh..kalau tyme student,, nk menjengok bku2 nih rse serba salah kt bku2 ilmiah..dok rak sebelah mnyebelah ~ Balik kje, otak rse lgi ringan cz x perlu pkir ape2.. Tyme bekerja kita buat betOl2, balik masa tok kt rumah plak..x payh nk bawak balik sekali...tu yg aku suke sbnrnye tuh..hehhe =P

Times up ! ~


Tuesday, October 11, 2011

Kisah seorang pemuda dan sebiji ePal =)


~ Assalammualaikum ~

" KisaH seOrang pEMuda dan seBiji ePal " ..aku suke kisah ni, dari kecik2 dulu mula dgr..best sangat.. =))


Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh.
Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.

Tiba-tiba terdetik di hatinya,

“Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.”
Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menelusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Si pemuda bertemu dengan tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Walaupun berat untuk menunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemuda tersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.
Tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.
Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang mebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat.
Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah



Sunday, October 9, 2011

Like! =)


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasullullah S.A.W bersabda; " Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya. " (H.R Muslim)



AgaMamuAkHlakmu KetaQwaanmu padaNya



Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita~



Andai kita memang dijodohkan.. Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan.. Namun andai memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya. Ya Allah, Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu.. Ya Allah, jagalah aku dari dosa cinta.. Aku mncintainya kerana Mu.. Aku akan rela mlepaskannya apabila Engkau kehendaki ~



Terkadang kasih kita sesama insaN biSa menGundang keRedhaan Tuhan, jika insan mengHargainya dan memuLiakannya~


Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu..Cuma keperibadiannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu ~



Janganlah kamu mengimpikan seorang yang sOleh datang pada kamu tetapi seharusnya terlebih dahulu menjadi seOrang yang sOlehah ~



Ya Rabb saat aku menyukai dia, ingatlah aku bahawa akan ada sebuah akhir, sehingga aku tetap bersama yang Tak pernah Berakhir..
Ya Rabb ketika aku merindukan bakal zaujku, rindukanlah aku kepada Cinta SejatiMU..
Ya Rabb jika aku mesti mencintai seseorang temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMu agar bertambah kuat cintaku padaMu..
Ya Rabb ketika aku berucap "aku mencintaimu" biarkanlah aku katakan kepada orang yang hatinya tertaut padaMu..
Ya Rabb jagalah cinta dihati kami agar tidak jauh dari cintaMu..
Izinkanlah aku terus mencintainya seperti mana dia menyintai.
Ameen ~



Jangan engkau kahwini wanita yang enam :

ananah
mananah
hananah
hadaqah
basaqah
syadaqah

~Imam Ghazali ~



hijau,biru,merah,kuning...=P


Antara pilihan yang antara 1 nya tanpa sedar dan jagaku memilih untuk terus menjaganya, menjaga cinta itu agar terus terjaga dan disimpan rapi. Segala keindahan datangnya dari Pencipta Semesta, segala kecacatan datangnya dari diri yang lemah ini, dikala diri terleka dia mengejutkan, di saat diri amarah dia memberi ketenangan, di saat diri kesakitan dia memberi ubat, di saat diri hampa dia pemberi semangat. Terima kasih Ya Rabb, sesungguhnya ia anugerah yang tak ternilai~



ps: lOoikee ! =) katun2 yg cntik etuh beserta ayat kt bawhnye~

Dirimu duhai sahabat =)

MOrning gLOrry !..=) ceria semacam je aku rini,,hahah mne xnye dpaat xtra.. bercuti lagi hari ni,,bagai dicita ulam mendatang kn ~ Sabtu, memang off day aku semlm tpi semlm hadiri licence klass..

Pagi2 lagi aku dh bangun rini,nak tido x mengantok n mmang berniat kalau boleh xnk tido lepas sbuh..2 orang housemte bersiap2 untuk pegi krja..tinggal la aku sorang, terasa boring plak..huhuu ~

Sedang blogwAlking + facebooking..hati aku tertarik dgn 1 artikel mngenai persahabatan =)


Apabila kita ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya
Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikkannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukkan,
Kita akan membencinya
Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya.

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan mmfitnahnya
Andai kita ingin bersahabat,
TERIMALAH dia seadanya,
yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna,
Kerana kita sendiri pun tidak tahu
Apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya...


~ Besederhanalah dalam persahabatan
InsyaAllah kita tidak akan melihat
kelemahan itu sebagai satu kelemahan ~


p/s : ikhlaskan hati dalam apa pun yg kita lakukan insyaAllah =)










Wednesday, October 5, 2011

Smile (^_~)



The most difficult persOn to FACE in life is yourself

A GRATEFUL hearts is the cure for loneliness

Do nOt judge the FUTURE by the past

Never stOp reaching for the GOAL in frOnt

Hold on yOur BELIEF, then you will overcOme difficulties

TRIVIALITIES can accumulate to an impOrtant episOde

Kind DEEDS can bring gOod returns

DREAM is Our mOtivation in life

WISDOM is to understand that the wOrld is ever-changing

SINCERITY is a natural spring of water

Danger brings us TRUE friENds

SMILEis the fiRst step of a neW life

So, gO on with yOur life with a new spirit

EveRyday is a new day..