welcOme ^^

~

Monday, January 10, 2011

Tentang waktu - 'hari ini, semalam dan esok'

الوقت نوع من العلاج


Masa adalah sebahagian daripada rawatan.

Time heals.






Sesetengah masalah/cabaran yang kita telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya, kadangkala seakan tak punya jalan keluar. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah bersabar (setelah berusaha dan berikhtiar) dan membiarkan masa menentukan kerana masa adalah sebahagian dari rawatan.



Tawakal perlu terus dipancangkan kerana Allah sedang menguji. Jangan pernah berhenti berharap dan berdoa. Thiqah billah (percaya pada Allah) dan thiqah binnafs (percaya pada diri sendiri a.k.a self esteem) itu penting.


Maka, bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik. (70:5)


Tetapi, sekolah kehidupan telah memberi suapan kefahaman yang baru kepada saya. Memberi terlalu banyak masa kadang-kadang boleh mengakibatkan العلاج (rawatan) bertukar kepada السم (racun). Maka berpada-padalah dalam memberi ruang dan peluang. Dalam sekelip mata apa-apa pun boleh terjadi jika itu kehendak Allah.


Marilah berdoa semoga kita diberikan yang terbaik. Gantungkan harapan pada yang selayaknya. Allah mengetahui apa yang di daratan dan lautan dan tiada sehelai pun daun yang gugur tanpa pengetahuan-Nya.







Mesin cahaya masa Doraemon tidak wujud di alam nyata. Kita tak punya kemampuan untuk kembali ke waktu silam untuk membetulkan kesilapan kita atau mempercepatkan waktu untuk mengetahui apakah yang menanti di hadapan.


Redha tentang semalam, dan tawakal untuk esok. Insya allah, semuanya akan baik-baik belaka. Mana mungkin Allah mentakdirkan sesuatu yang tidak elok untuk kita, kan? Inilah semanis-manis tarbiyah dari Allah.



“Menakjubkan urusan seorang mukmin, jika ia mendapatkan nikmat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.”
(HR Muslim & Tirmidzi)



Hidup dulu sesungguhnya untuk hari ini, esok itu belum pasti. Stop worrying about tomorrow and just do our best for today. It's not that we are not doing any preparations, but by doing great work today will guide us to a better tomorrow.


Get it? Faham tak ni? Ok ke? Ke camne? (this is a monologue....huhu)

from : Dunia Alternatif..~

No comments: