welcOme ^^

~

Friday, January 14, 2011

MenCari..



Mencari Cinta Hakiki, Mendamba Redha IlahiPayah benar kurasakan,menelusuri Hari demi hari..mencari cinta hakiki,yang mekar di hati insan..bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,yang disalurkan kpd jalan yg suci..hanya satu cara..melalui satu ikatan yang suci,itulah Pernikahan abadi.. Kuingini cinta itu hanya d alam pernikahan..dan kuyakini, cinta setelah itu adalah cinta yg diredhaiNya..kerana itulah syariatNyayang MESTI kita ikutidemi meraih redha ilahi..
Allahu Rabbi..adakah aku dipandang mundurhanya kerana berpegang pada prinsip inibertegas pd kaum adam agar iman mereka tak luntur dek kelembutan kaum hawa..Apakah ianya salah?
Mencari pasangan hidup..bagiku bukanlah semudah memetik jari..apakah insan bernama wanita,perlu menggunakan semua wataknya untuk memaut hati lelaki??Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!
wahai insan bernama wanita..tetaplah teguh dirimu pada jalanNya memenuhi semua tuntutanNya memagar dirimu dengan malu dan taqwa usah terpesona dengan madah berbunga sang nafsu yg berpuaka kerana Allah dan Rasul ada janjinya buatmu muslimah yang memelihara diri jangan pernah dikau ragu!kerana janjiNya pasti BENAR!
allahu Rabbi..sabarkanlah hatiku, tabahkanlah jiwaku moga pendirianku tetap teguh pada Musungguh ku mencari cinta hakiki dan Aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..Agar segalanya indah bersama Tuhan..Amin3 Ya Rabbal A'lamin...

Hasil nukilan : Musafir Dunia..

No comments: