welcOme ^^

~

Wednesday, January 12, 2011

~ PilihLah aku uNTuk iKHLas ~




"Orang yang ikhlas itu bebas


Kerana dia hanya ada

Satu TUHAN untuk disembah"






Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata-kata hikmah yang menerjah ruang fikirku. Ahh….betapa kurangnya kau melakukan kebaikan. Jesteru mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-merangkak menyusur jalan taubat.


Betapa sekali skala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-segala-galanya agar di puji dan di sanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pn akhirnya memandang sinus dan loya dengan ‘aku’ mu.


Apabila riak itu adalh tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walau tanpa sesiapa di mata masih menghrap-hrap amal yg kononnya di sembunyikan itu di ketahui juga oleh manusia. Alangkah indah rasanya bila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu di heboh2kan pula. Hebatnya dia!!!! Begitu kata sanjung yang di junjung. Pada ketika itu hati berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya dari riak. Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya…ujub!!!! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan tersembunyi yang di harapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya!! Terasa diri bagaikan wali apabila amal mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Sampaikan pendapat orang lain pun tak boleh nak di terima. Asyik diri sendiri je nak menang. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain. Ujub hakikatnya lebih sukar di kesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.





Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH…itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH….itu pun tidak ikhlas.


Tpi sampai di pertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku. Memahami dan menangani rahsia ini. Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan ulama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jgn diperkirakn dulu. Jgn mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati tergganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa utk menyusup. Tega dan relakan sahaja. Teringat apa yg di pesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata, “teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata2 yg kotor dan sia2.


Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yg sgt dlm. Yg terjangkau olehku hyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yg berhak utk melalui jln menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah, ketika aku lemah,perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah.


Hanya dikau wahai ALLAH yg berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. Padaku hanya tadbir….pada-MU segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-MU. Pilihlah aku untuk ikhlas walaupun kutahu ikhlas itu sgt rahsia.

by srikandi_islamiyyah

No comments: