Ku bersyukur ke HADRATMU Ya Ilahi..hari demi hari aku tunggu dengan penuh kerisauan, akhirnya dipanggil ke ukm untuk mengambil result exam lembaga yang aku duduki pada 15 Jun yang lalu. Ianya penting untuk membolehkan aku berkhidmat di ppukm bagi jawatan yang telah disediakan iaitu jururawat u29. Seorang demi seorang nama calon yang lulus dipanggil mengikut abjad nama, penuh debaran aku rasakan apabila nama kawan2 yang lain telah pun disebut,masing2 mengalirkan air mata tanda kesyukuran dan alhamdullillah nama aku turut tersenarai. Debaran yang aku rasai hilang, tanpa aku sedari mata mula berkaca2, tiada apa yang dapat aku ucapakn melainkan rasa syukur kehadratMu..terima kasih buat mak abah,keluarga,kawan2 dan para pengajar yang banyak bertahan dengan kerenah kami,banyak beri tunjuk ajar..jasa dan budi baek kalian akan dikenang selamanya.
***********************************************************************
Sejak balik dari mengambil result tempoh hari, aku ambil peluang menghabiskan masa cuti yang ada bersama keluarga di rumah sebelum dipanggil memulakan kerjaya. Di rumah, dapat jugak aku membantu mak ape 2 yang patut selain dapat belajar menjahit baju. Agaknye memang jenis x reti duduk diam aku ni,hee =P
******************************************************************************
******************************************************************************
25 Julai 2011 tarikh keramat yg aku ingati sampai sekarang, fes tyme aku alami..apabila skuter elite yang aku naiki hampir bertembung dengan kenderaan lain, aku x tahu tapi aku yakin setiap yang berlaku pasti ade hkmhnye n hanya alami kecederaan ringan,sampai sekarang terasa lgi mungkin ambil sedikit masa kot. Tapi aku lebih risaukan keadaan kaki abh yang makin kelihatan membengkak, berbilion2 kali dipujuk untuk dapatkan rawatan..abah memang tersgt susah untuk ke klinik o hospital..hmmm
********************************************************************************
Assalammualaikum...hari ini 1 Ogos juga merupakan 1Ramadhan, hari pertama umat islam menyambut kedatangan bulan yang mulia, alhamdullillah aku bersyukur kerana dapat sama2 menyambut bulan yang penuh makna ini sekali lagi..Aku sangat berharap moga ramadhan kali ini lebih memberi erti buat diri, dapat mendidik hati dan jiwa insyaAllah..walaubagaimana pun aku tetap merupakan seorang manusia biasa yang x lari dari membuat kesalahan. Ingatan dan bimbingan yang aku inginkan untuk sentiasa perbaiki diri..
p/s : semua entry ditulis tyme cuti,,cuma baru sekarang je berkesempatan tok publishkn..

No comments:
Post a Comment