welcOme ^^

~

Saturday, May 7, 2011

mata dan hati ~~




Assalamualaikum w.b.t


Semakin umur kita meningkat, semakin kita rasa kehilangan, semakin kita rasa kehilangan, semakin hati kita memberontak. Mahu apa hati itu?? Tidak cukupkah nikmat dunia yang terhampar depan mata seluas-luasnya? Apalagi yang ia mahu?


Bongkaknya hatimu andai kau tunduk pada nafsu dunia. Butanya matamu andai nikmat dunia yang kau puja dan pinta. Apakah hatimu tidak terusik walau sedikitpun apabila renungan matamu menyantap keindahan sang lelangit kebiruan, kehijauan bumi yg penuh kesuburan, keputihan awan yang memayungkan tatkala sang mentari memancarkan bahang? Mungkin mata menikmati keindahan2 itu, tapi tidak pada hati. Mungkin mata mengakui kebesaran Allah melalui ciptaan2 itu, tapi tidak pada hati.


"Dia (Allah) mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati ". (QS. Al-mukmin:l9)


Siapa yang buta sebenarnya? Mata atau hati? Atau kedua-duanya? Atau mata yang menyebabkan hati buta? Atau sebaliknya?


"Sesungguhnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada". (QS. Al-Hajj : 46)


Sedar atau tidak, kedua-dua mata dan hati sangat berkait. Cuba bayangkan suasana di kedai kain. Satu persatu kain dibelek. Tiba-tiba terjumpa satu kain yang sangat cantik. Teramat. Memang kena dgn 'taste' kita. Tambah pula memang dah lama kita nak cari kain itu. Jeling-jeling pada tanda harga....RM120 sepasang. Celup poket, jeling-jeling pula dalam dompet. Ada RM130. Datang pula jurujual, mengampu, "Adik, kain ni sangat laku. ada tinggal satu ni je. adik belilah. Mggu lepas ada 20 pasang, tp tinggal satu je sekarang. Rugi besar dik kalau tak beli ni..".


Hah, mesti dia beli punya! Rugi besaaar tu kalau tak beli, bak kata si pengampu jurujual. Dah namanya jurujual, mestilah dia kena promote barang2 sampai customer beli. Bukan salah ibu mengandung yg telah melahirkan si jurujual itu ya..


Bayangkan. Dengan RM120, boleh buat belanja makan untuk 2 minggu bagi seorg pelajar, tapi dia boleh habiskan dalam masa 1 jam hanya kerana terikut kata sang hati setelah sang mata terjerat dengan kecantikan kain itu. Matakah yang harus dipersalahkan kerana terpikat dengan sebuah kecantikan? Atau hatikah yang bersalah kerana terbujuk oleh nafsu dunia lantas memberikan arahan?


Mata bertindak sebagai ejen yang merakam imej, manakala hati pula bertindak sebagai ejen yang menikmati apa yg telah terakam. Imam Ghazali rahimahullah ada memberi nasihat dalam kitab Ihaya Ulumuddin,


"Mata adalah panglima hati. Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan mata. Bila dibiarkan mata memandang perkara yang dibenci dan dilarang,mak apemiliknya berada di tepi jurang bahaya. Meskipun dia tidak sungguh-sungguh jatuh ke dalam jurang".


Cuba bayangkan, kalau mata meliar melilau sana sini, ternampak pula sesuatu yang cantik2 di kampus. Perempuan cantik, lelaki handsome. Kalau yang hatinya tak berapa nak kuat iman, apa yang akan dibuat? Pasti imej yang terakam di mata terbawa2 hingga ke hostel, tersemat dlm hati. Lantas, timbul pula niat nak cuba berkenalan. SMS lah, itu lah, ini lah. Niat nak jaga hati lari entah ke mana dek termakan 'racun' syaitan.


Ibnu Qayyum juga pernah menulis dalam kitab Raudhatul Muhibbin :


"Kata hati kepada mata, : Kaulah yang menyeretku pada kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan kerana aku mengikutimu beberapa saat saja. Kau lemparkan kerlingan matamu ke taman dari kebun yang tidak sihat. Kau salahi firman Allah, :Hendaklah mereka menahan pandangannya". Kau salahi sabda Rasulullah S.A.W., " Memandang wanita adalah panah beracun dari perbagai panahan iblis. Barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman padanya, akan didapati kelazatan dalam hatinya" (HR AHMAD)"


"Tapi jawab mata kepada hati: Kalu zalimi aku sejak awal hingga akhir. Kau kukuhkan dosaku lahir dan batin.Padahal aku hanyalah utusanmu yang selalu taat dan mengikuti jalan yang engkau tunjukkan. Rasulullah bersabda," Sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging Jika ia baik, maka seluruh tubun akan baik. Dan jika ia rosak, maka seluruh tubuh juga akan rosak. Ketahuilah, ia adalah hati" (HR BUKHARI DAN MUSLIM)"


Jadi, apa tindakan kita selepas ini? Saya rasa semua pun dah tahu. Tinggal nak praktikkan je. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia biasa memang tak terlepas dari berbuat silap dan dosa. Ada ketika, kita terlalai dan leka, maka yang disekeliling harus sering mengingatkan. Ada ketik juga, kita sengaja melalikan diri dan leka, maka yang di sekeliling harus bantu menguatkan.


Wallahua'lam..

No comments: