Assalammualaikum...
Masa sentiasa berjalan tanpa menunggu kita walaupun sesaat, pejam celik pejam celik dh 3 tahun kehidupanku di bumi Cheras, yang x ku duga jugak rezeki aku kt sini..aku akan sentiasa bersyukur dengan semua kurniaan dariMu, tiga tahun... bagi aku, masa berlalu begitu cepat...sangat cepat, pertama kali aku datang interview..datang berbekalkan semangat dari mak,, aku ingt lagi, harapan mak nak sorang dari anaknya bekerjaya 0 belajar kt area KL ni...ada sebabnya..dan doa + harapan mak termakbul, alhmdullillah ~
Tiga tahun jugak aku belajar berdikari, alhamdullillah aku bersyukur sangat Ya Rabb ku...engkau pelihara diriku dan shabat, ** mungkin bukan lah mnjadik yg terbaek tapi masih dalam lindungan redhaMu..aku akan sentiasa mengingati pesan kedua ibubapaku..ku pohon,tetapkan keimanan dihatiku ~
Banyak sebenarnya yang aku pelajari, dari pelbagai sudut.. kehidupan sebagai seorang jururawat..insyaAllah, hanya satu ku pohon...moga niat aku dalam kerjaya ni mendapat redhaMu, kerisauan terdetik di hati.. " betul kata2 puan, prof tadi, ceramah yang dianjurkan jaksa ktdi..yang mne aku sempat pergi je lah....profession sebagai jururawat ni sebenarnye senang untuk mendapat pahala dan dosa, aku sebagai manusia biasa x lari dari melakukan kesilapan..hmmm, insyaAllah akan selalu perbaiki diri ~
Exam ikhtisas yang selalu buat aku tidur x lena dah pun berakhir, tunggu result je nnti.. Mudah-mudahan semua berjaya...insyaAllah ~ lulus ikhtisas baru boleh melayakkan diri menduduki exam lembaga jururawat malaysia + graduation kat dectar, UKM Bangi ~
Sekarang..sesi penghijrahan, pakat2 dok kalut pindah semuanya..cari2 kotak, * jgn pelik plak naa kalau nampak budak bju pink cari kotak sbb memang sangat memerlukannya sekarang nih. Aku - fes penempatan kat prisma perdana, blOk kaler hijau bagi sesiapa yang tahu je lah, then masa sem tiga kalau x silap aku dan tiga sahabat yang laen pindah ke hostel kolej, sekarang dah tamat pengajian..jadinya kami semua kene la berpindah ke luar pulak, makin besar tanggungjawab..perlu lebih berdikari, yang penting kena pandai jaga diri + mak selalu pesan, ingatiNya selalu, insyaAllah Dia akan mengingati diri kita jugak, kalau on fOn ngan mak sekarang ni..laju je ayaq mata aku ni, setiap kata2 semangat + nasihat yang diberi terkesan rasanya kat hati n maybe 'rindu' itu yang aku betul2 pasti...last balik dalam bulan 2 rasanya tapi dalam bulan 4 camtu family ada datang menjengok aku kt sini,, tapi tetap rindu kedah jugak okeyh ~
** aku biasa je, nak kata mnja x jugak..hmmm, biasa2 je lah senang ceqhita kan ** =P
No comments:
Post a Comment