welcOme ^^

~

Tuesday, September 4, 2012

Ramadhn n lebaran ~

Assalammualaikum..

Seriusly, lama sgt aku x meng ' update ' sesuatu di laman sesawang yg satu ni, rindu sangat rasanye!
tahap kemalasan aku tok menulis myb tu yg menyebabkan lama aku x menjengok ke sini.heee

Tapi xpe, hari ni aku luangkan sedikit masa..^__^

Sebulan Ramadhan yg sangat dinanti oleh semua dh pn berlalu, Syawal yg ditunggu pn dh semakin hmpir ke penghujungnye..Masa terlalu cepat berlalu, sgt cepat..


Syawal yg lepas, tnpa aku jangka dpt cuti menyambut lebaran..alhmdullillah, seronok rse dpt menyambut bersama keluarga, aku pasti semua orang pasti teruja menyambut lebaran bersama keluarga tersayang knn..Jadik bila jadual kje keluar je then aku dapt cuti, xcited ckit..trus carik tiket balik..hhehe
Syukur ALhmdullillah ~~




with my 'abah'..=)



Raya ni, sahabat sek ren dulu ade buat reunion..kebetulan aku free then join laa~   Masing2 dh laen, iyela dh mkin besar knn...last aku jmpe diorang masa darjah 5, lama knnn~~





Sronok dpt jmpe kawan2 lama, mcm2 akitviti..bina menara la, cabutan bertuah...fun! hehee tQ kawan2 ^^
Hopefully ukhwahh berkekalan, insyaALLAH...



Saturday, June 23, 2012

=,=

BE STRONG PUTERI, U CAN..
setiap yg berlaku pasti ade hkmah..dan ykin itu! T_T

Monday, June 18, 2012

Bismillah ~

Bismillah sebagai pembuka bicara.~

Lama benar rasanya aku tidak mencoretkn sesuatu di alam maya ini, hari ini terdetik ingin menulis sesuatu yang datang jauh dari sudut hati aku. Aku lebih selesa menulis sesuatu di sini berbanding menulis apa yang aku rase di wall fb..Mungkin tiada yg mengenali aku di sini mnyebabkan aku lebih selesa menulis sesuatu.. 


Dalam setiap detik waktu,
aku cuba mengatur langkah,
demi menggapai rahmat dan redhaMu,
namun kadang ku rapuh
maafknlah bila hati x sempurna
dalam meraih cintaMu
ku harap hanya diriMu yang bertahta dalam hati


Tangis dan tawaku
sebagai teman sejati
jauh di sudut hati tiada yang mengethui 
melainkan diriMu yang Maha Kuasa
pengatur dan perencana sekalian alam


Ku harap hanya,
diriMu Ya Rabbi,
pegangilah hati hambamu ini,
dalam apa adanya diriku,
akan aku terus mngatur langkah
mempersembahkan kepadaMu
sesuatu yang terindah.
kerana aku yakin 
semua berakhir padaMu..~



aku xthu knpe, hati selalu rse sedih..terlalu merindukan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apekah...dan kadang hatiku selalu terdetik yang aku trlalu rindukn diriMu, rindu untuk mnjejakkn kaki ke tnh suciMu dan kadang   
hati terdetik mengingatkan pengakhiran hidupku mmbuat tangisan ku mkin berpnjangan..
sesungguhnya Dia lebih Mengethui, duhai pemilik sekalian alam hanya satu pintaku..pegangi dan lindungilah sekeping hati pinjamanMu ini selalu~~

dan ku sgt mengakui , " Dengan mengingatiMu, jiwa mnjdi tenang " 































































































Tuesday, April 10, 2012

Ingatlah ~


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu maka
terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:

1. Sedekah jariah.
2. Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.
... 3. Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.

Selamat beramal.. =)

Tuesday, March 6, 2012

" Terima kasih awak kerana sudi hadir dlm hidup saya ".~


Assalammualaikum ~...

Untuk entry kali ini ingin sekali aku kOngsikan sebuah artikel yang sangat menyentuh hati sanubari aku.Artikel ini diperOlehi di FB dengan tajuk " Wajib Baca! Kisah cinta sejati Aiman dan Syahirah ", aku mengabil masa lebih kurang setengah jam untuk 'feel' kisah yang berjaya menyentuh jauuh ke dasar hati ~

Permulaannya walupun agak tidak logik jika dibandingkan dengan realiti, tetapi jalan ceritanya masih berbisa untuk menagihkn air mata. Justeru, usah segan untuk menangis kerana sebuah keinsafan ~




Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen, menonton ceramah 'bersama Dato Masyitah'. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.


Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang suaminya yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”


Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.


Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah aku lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan.


Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.


Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“Abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.


Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.


“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.


Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop dimatikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?


“Abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!


“Abang..?” Aiman tersedar. “Jom.” Kunci kereta di atas meja dicapai.
“Saya bawa kereta awak, awak tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk.


Dalam kereta hanya dengar radio – hot fm refleksi.


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.


“abang, surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu.


Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?


“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita keranaNya, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”


Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu dipandang kosong.


Berubah?


Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.


“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh, garang!


Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang dibuat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.


“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingatkan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.


“Abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”


“Sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “Saya buat solat istikharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu….


“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak. Hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.


“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”


Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.


Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.


“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.


“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.


“okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah!


“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…”


“nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum.
“mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.


“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.


“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa diberi. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.


“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.


“baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.


Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.


“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar.
“hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipokrit mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!


“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu.


Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni?” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.


“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung.
“tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat.


"Ya Allah… banyaknya dosa hamba."


Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas.


“awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”


Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.


“..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan.


“awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka.


“ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.


“baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.


“lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa.
“next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajjud..” Aiman hanya mengangguk.
“lagi?”
“..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?”
“sentiasa berselawat.”
“okay.”
“abang ni last.”
“apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap.
“sure.”


Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.


“Assalammualaikum, awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam, abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.


“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang nampak lain.”
“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.


“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.”
“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.
“hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.


“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas di letak di atas meja.
“kenapa dengan cerita tu?”
“best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan.
“ apa yang best?”
“lagu.” Ek..
“oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.


“best jugak tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati.


“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.


"Inilah aku apa adanya. Yang ingin membuatmu bahagia. Maafkan bila ku tak sempurna sesempurna cintaku padamu".


“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.


"Ini cintaku apa adanya, yang ingin selalu di sampingmu. Ku tahu semua tiada yang sempurna di bawah kolong langit ini “


"Abang kita jadikan lagu kita nak?”


Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.


“hmmm.”


"Jalan kita masih panjang. Ku ingin kau selalu disini. Biar cinta kita tumbuh harum mewangi. Dan dunia menjadi saksinya. Untuk apa kita membuang-buang waktu dengan kata kata perpisahan."


Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu tersebut. Tanpa disedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukannya. Khusyuk melayan lagu.


"Demi cinta kita aku akan menjaga cinta kita yang telah kita bina. Walau hari terus berganti hari lagi. Cinta kita abadi selamanya…"


Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur.


“eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah bagi cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”


“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.


“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang.
“ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.


“wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”


“superb! Romantic!”
“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


“betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.


“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum.
“kenapa?”
“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.


“subhanallah, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan diperkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar dilipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.


“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.


“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.


“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya.
“bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “


Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.


“abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.


“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.


“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.
“eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.


“kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.


“..ta..tapi kenapa?”
“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.


“along tak boleh buat macam ni..”
“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.


“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!


“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.


“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi.
“abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap.
“abang, tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.


“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”


Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakkanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)


Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.


“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”


Aiman hanya diam.


“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”


Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……




*************************




Nasihat Nabi SAW kepada Ali RA :


"Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:


1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya :


1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya :


1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya :


1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT




**********************




“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca artikel apa itu?”
“Nasihat Rasulullah pada Ali.”
“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap.
“hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.


"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbyyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya."


Terkedu Aiman.


Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman


Lepas beberapa minit.


Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman


Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaAllah, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.


Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima kasih abi.” Selepas salam berbalas.


Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.


"Kamu hayati dan kamu renung-renungkanlah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu."


Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astaghfiruallahalazim.


Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.


“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.


“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.


“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.”


Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.


“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut.
“untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.


Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi, umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.


“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.
“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.


“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang dibuat-buat.


“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.


Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.


“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?”
“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah.
“dah pukul berapa?”
“hmm, 4.30 pagi.”
“jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..”
“okay.”


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.


“mimpi ke realiti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang dicium tadi.


Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.


“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.


“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.


“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.


“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!!


Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.


“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.




**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.


“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “


ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.
“bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.


“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.


“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta.


“bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat bawa dia!” arah alongnya.


"Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………"


Haji Amran melawat menantunya di penjara.


“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.
“sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.


“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu.


Ya Allah, hamba tak kuat…..


“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah SAW bersabda : “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakkanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)


“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.


Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di situ berlembut dengannya.


Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku......


Aiman bersolat sunat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.
“bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNya dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.


Terima kasih Ya Allah.


"Abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.


Aiman terkejut.


“abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.


“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”


Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit!


Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan dikucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..


“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.
“dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.




*********************



Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata.


Benarlah, ajal maut ketentuan Tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.

“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..” Aiman menghampiri mamanya dan dicium tangan wanita itu.
“nak keluar.”
“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.
“hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.


“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.”
“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.
“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca, matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.


“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur.


Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.


“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah.
“jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.


Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.


“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.


“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.



******************



Alhamdullillah dah habis..

Kadang2 dalm hidup ni tak semua yang kita impi akan kita perOlehi. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang ktarancang kerana perancangan yang terbaek adalah datang dariNya. Untuk kisah ini, bagi Aiman adalah suatu pengakhiran yang baek kerana dia sempat mendekati dirinya dengan Maha Pencipta, dia juga dalam keadaan bersih..

Bagi kita? Wallahualam, hidup mati ini tidak dikethui bila tapi ingatlah..Ianya PASTI. Permualaan hidup kita sangat indah diazan ataudiiqamatkan. Ayat pertama yang didengar mengagungkan kesucian Maha Pencipta. Alangkah indahnya jika pengakhiran hayat kita juga diakhiri dengan kalimah suci yang indah. Mati itu pasti, syurga dan neraka menanti..~


Wednesday, February 29, 2012

Menangislah ~`


Bilakah kali terakhir anda menangis? Menangis sentiasa dikaitkan dengan wanita dan sifat lemah seseorang.

Mari kita sama-sama membaca 5 khasiat menangis dari sudut perubatan:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan

Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung

Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua0dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit

Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.

4. Membebaskan racun dari badan

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

5. Air mata mengandungi 25% protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.

12 Barisan di Padang Masyar

Mereka ditempatkan di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata):
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (NERAKA) Saqar?"

Orang-orang yang BERSALAH itu menjawab :
"Kami TIDAK TERMASUK dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan SEMBAHYANG dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini."

Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.

(Al-Muddaththir,74 : 40-48)

Allahurabbi...♥♥




Ketika roh djmput..


"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik."

frOm : fb


ps : Subhanallah! Allah Maha Besar..~ Sesungguhnya mengingati mati itu dapat lebih mndekatkan diri padaNya, moga kita dapat selalu muhasabah sebagai bekalan dan persediaan untuk suatu saat nnti..teguhkan iman kami, lingdungi kami Ya Rabb, Ameen~

Bukan cinta biasa ~`

JAGAKANLAH hatiku, ya Rabb..tunjukkan mana JALAN yang harus ku pilih..tunjukkan mana rasa yang harus ku SIMPAN dan BERI, untuk siapa, dan bila semuanya harus terungkap..agar nanti, bila sudah TEPAT pada waktunya..tidak ada salah dan sesal yang tertinggal di hati ini..

Berikan SABAR dan KEKUATAN, anugerahkan SAYANG dan CINTA pada setiap hati yang menunggu..kerana ku percaya, tidak ada yang LEBIH INDAH dari rencanaMu..ku tahu, ku yakin..ku pasti, semua akan baik dan tepat pada waktunya..♥♥


p/s : Ya Allah, JANGAN pergi jauh dariku..♥

copy frOm fb...suke akan mksud yang ingin disampaikan =)


.Jika Allah telah MENULIS jodoh kita dengannya, kita tetap akan bersama dengannya kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang TEPAT menurut ilmuNya..tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah DIRANCANG dan sebaik-baik perancangan adalah dari ALLAH jua.."Jika benar dia yang dijodohkan untukku permudahkanlah urusannya Ya Allah, minta lah izin dari kedua ayahanda dan bonda ku jika niatmu ikhlas keranaNya, bahtera yang ku diimpi moga bersinar indah kerana kasih sayang berpandu ajaranNya..mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah..amenn"♥♥





Monday, February 20, 2012

Sedikit coretan~


Laju jemariku menulis sedikit coretan di alam maya ni setelah lama tidak menulis sbb selalu share artikel yang menarik hati je, sedikit kecewa hari ini tapi tenangkan hati, betOl katanya setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye dan aku redha, seikhlas hati aku menerimanya..thanks awak! Mungkin tadi aku sedikit gementar kerana ia pertama kali bagi aku. Yang berlaku tetap berlaku, masa tidak sesekali akan berundur.. InsyaAllah, aku akan cuba lakukan yang terbaik nanti..doakan ye, mudah2 dipermudahkan urusan hendakNya~

Pencinta bidadari..


Sudah menjadi kelaziman apabila seseorang itu sudah dapat berfikir dengan baiknya bahawa dirinya mesti disayangi, ingin menyayangi dan mahu disentuh dengan sentuhan kasih sayang.

Seorang muslimin semestinya akan mencari pasangan hidup yang mampu melengkapi kekurangan hidupnya, mahu hatinya disentuh dengan kasih sayang seorang muslimah. Kerana seorang muslimin juga membesar dengan sentuhan seorang muslimah yang bernama ibu.

Ya, sentuhan. Hanya dengan sentuhan kita akan lebih merasa nikmat, akan lebih merasa kewujudannya, dan akan lebih merasa dialah kepunyaan kita. Perlu disentuh dan memegangnya dengan erat.

Sentuhan untuk merasa akan rasa kasih sayang, sentuhan apabila selesainya lafaz sakinah, ikatan yang halal.

Wanita solehah bayangan bidadari!

Women of Heaven

Apabila diceritakan akan Syurga, hati rasa bergetar, terus jatuh hati. Naluri berkata, terasa ingin membayangkan indahnya Syurga itu, akan tetapi bayangan itu semestinya salah.

Tatkala janji-Nya mula berbisik, suara mula memuji-Nya, apabila rasa rindu datang menyapa, hati terus terusik, Rasul-Nya menjadi pilihan sebagai pengubat rindu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." [Al-Waqiah : 35-37]

Ingin saya menjemput bidadari, sebagai pelengkap. Ingin saya menjemput bidadari agar dapat merasai nikmat Syurga kelak, agar dapat menemani di persinggahan dunia.

Ingin saya menjemput bidadari supaya perjuangan menuju akhirat ada kekuatan. Menjemput bidadari agar bidadari ini dapat bersama di Syurga sana. Moga dialah bidadari terhebat. Ameen ya Allah.

Sering diceritakan keindahan Syurga, bidadarinya begitu cantik, menarik dan mempersona. Jika mahukan Syurga, jadilah pencinta bidadari. Itu kesimpulan saya pada mulanya.

Namun tercatat sudah kata ulama, wanita Syurga itu cantik, tetapi wanita dunia yang dikurniakan Syurga itu lebih cantik daripada bidadari Syurga. Tercatat sudah bahawa wanita solehah akan dijadikan ketua bidadari.

Ya, wanita dunia itu lebih cantik daripada bidadari Syurga, wanita solehah pasti dikurniakan ganjaran Syurga.

Wanita solehah menjadi ketua bidadari semestinya ketua merupakan yang terbaik dalam kalangan yang lain.

Teruja bukan? Bagaimanakah pula dengan wanita-wanita di dunia kini? Ibu, kakak dan adik perempuan kita, saudara perempuan kita, mudah-mudahan kitalah pendorong mereka dalam menerangi laluan ke Syurga.

Wanita Solehah

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

Impian saya adalah wanita solehah. Menjemputnya agar menjadi bidadari. Bidadari bila tiba waktu akan saya temui. Ya Allah, izinkan aku menjemput bidadari untuk menuju-Mu mengisi hari.

Bidadari yang menyentuh hati, teguhkan nurani.

Bidadari yang menyapa jiwa, yang memberikan makna.

Bidadari yang menemani resah.

Bidadari yang menenangkan jiwa.

Bidadari jadilah sang setia.

Kerana cinta yang suci tidak akan pernah sepi dengan keindahan rasa cinta, bidadari yang memberi harapan saat jatuh agar bangun semula. Sekali rebah sejuta kali dirimu bangunkan, dan memberikan saki baki cintanya sebagai penawar di dunia. Menanti cinta yang kekal abadi hanya di Syurga.

Wanita solehah sebagai penentu bicara kerana wanita solehah lebih berharga dari segala-galanya. Wanita solehah semestinya bukan sembarangan insan yang mampu mencintainya. Bukan sebarangan insan dapat dicintainya.

Insan yang paling wajar untuk mencintai wanita solehah juga semestinya lelaki soleh. Soleh dan solehah satu gabungan yang baik. Semestinya tidak enak jika wanita solehah dikotori apabila disentuh dengan tangan-tangan lelaki yang ingkar.

Seperti mencari kemanisan Iman, amal ibadah yang sering dikerjakan siang dan malam tidak akan pernah merasa kemanisannya jika amalan yang baik dihadirkan juga dengan perkara mungkar.

Bagaikan minuman air oren yang dicampur dengan serbuk kopi, pasti kemanisan yang diimpikan dari khasiatnya oren tidak akan dapat. Cuma rasa campuran rasa yang tidak bernama. Rasa oren pun tidak, rasa kopi pun tidak. Islam itu sempurna, jangan pula dicampuri dengan perkara yang menjadikan kita rasakan tidak sempurna.

Wanita solehah dan lelaki yang soleh semestinya gandingan yang baik. Digandingkan di dunia dan bergandingan menuju akhirat. Manis dan indah bukan, begitulah tingginya hasrat di hati.

Rasailah keindahan bercinta yang sejati tanpa sangsi dan curiga kerana wanita soleh kelak di Syurga akan menjadi bidadari, bahkan lebih cantik dari bidadari.

Jadi moga terbina jalinan cinta hingga ke akhirat, bercinta hingga ke Syurga.

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Lelaki Soleh

Qudwah hasanah, contoh ikatan yang terbaik, semestinya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah merupakan tokoh sepanjang zaman yang telah berjaya menggilap rasa perhambaan umat manusia kepada Allah pada zaman jahiliyah dahulu.

Rasulullah S.A.W, ketokohannya perlu dicontohi oleh pemuda Islam sekarang, Rasulullah yang telah merubah hati-hati umat ketika zaman jahiliyah yang kegersangan tanpa cinta sejati. Apabila kuatnya rasa perhambaan kepada Allah, maka mudahlah hati dapat menerima janji-janji pasti dan perintah-perintah penuh hikmah dari Allah S.W.T.

Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah telah mengangkat martabat kaum wanita ketika itu, dari dipandang hina ke satu kedudukan yang sangat istimewa di sisi Islam. Ajaran yang dibawa Rasulullah telah berjaya menambat hati pemuda ketika itu, telah berjaya mengubah budi pekerti kaum lelaki.

Timbullah rasa tanggungjawab di hati pemuda Islam ketika itu, dari zaman penuh kegelapan berubah kepada zaman kegemilangan Islam yang bercahaya. Sedar akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing di sisi Islam. Bagaikan suluhan cahaya datang menerangi. Menyuluh setiap celahan kegelapan.

Ketika itu walaupun umat Islam dipukul resah, namun wahyu Allah diperdengarkan terus dari Rasulullah. Tiada keresahan tiada lagi amalan zaman jahiliyah yang pastinya ketika itu sangat menzalimi sesama sendiri.

Kaum wanita dikagumi jasanya, terus menerus kaum wanita menyambung untaian talian cinta berbanding diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Lelaki yang soleh tiada mengenal erti kegagalan dalam menuntut kemuliaan Allah di dunia dan akhirat, kerana lelaki soleh tidak dayus membiarkan saudara perempuannya keluar dari rumah tanpa perlindungan hukum Allah, tubuh badan kaum wanitanya diselimuti dengan helaian kain yang sudah disyariatkan.

Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad S.A.W menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah S.A.W telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.

Salah satu tanda kasih Baginda S.A.W terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya kepada ahli keluarga. Rasulullah S.A.W sendiri menjadikan diri dan keluarga Baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna Imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." [Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]

Lagi sabda Rasulullah S.A.W: "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi." [Riwayat Abu 'Asakir]

Teguhkan hati usahlah engkau ragu wahai lelaki soleh, berzikirlah sebanyak mana yang engkau mahu agar wanita solehah tetap akan menjadi suri. Telah diciptakan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya, usahlah engkau ragu lagi.

Kau Bidadari Terhebat

Inilah bidadari Syurga.

Hidupnya dipenuhi dengan amalan rasa keimanan yang mampu memenuhi relung hati dengan cinta Ilahi. Kecantikannya tidak dibanggakan, keayuannya tidak pernah diserlahkan agar tidak mencedera jiwa kaum adam. Senyumannya adalah sedekah paling mudah, tiada rasa terhutang budi. Senyumannya tidak disalah guna.

Kecantikannya merupakan satu nikmat yang perlu dijaga, kecantikannya merupakan amanah yang berperanan agar dirinya bertambah malu, malu dari melakukan mungkar. Agar dirinya berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Kecantikan sebenar adalah pada akhlaknya, ketulusan hatinya yang tersembunyi itu.

Wanita solehah, bagaikan permata, permata yang disimpan rapi. Apabila dilihat cantik dipandang dan menyejukkan hati dengan keindahan akhlaknya, apabila sudah diikatkan dengan ikatan yang halal. Maka makin menjadi keharuman akhlaknya itu, dan akan menjadi lebih cantik lagi selepas itu. Sesungguhnya, seperti permata yang dijadikan tatapan mata pada zahirnya. Itulah yang sebaiknya.

Al-KHAWARIZMI

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10

Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".

Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga. Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Suka berada di bawah, kerana yang di bawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di malam yang amat kelam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat. Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji.

Erti perhambaannya hanya pada merindu yang Esa. Rindunya dihulurkan kepada yang pasti membalas. Rindunya tidak diberikan pada yang lemah. Lukisan rindunya penuh bermakna, dilukis dengan amalan redha Ilahi. Mengalir mutiara suci di pipinya sambil mulut berzikir mengagungkan-Nya.

Wanita solehah yang gemersik suaranya, indah lantunan suaranya dikuatkan kepada anak-anak bangsa, dakwah itu kebebasannya. Suara emasnya hanya menyampaikan Islam. Suaranya untuk kebenaran dan berhujah menentang kebatilan. Kepahitan memperjuangkan kebenaran tetap diperjuangkan kerana sudah terselit rasa di hati akan kemanisan di puncak kebenaran.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik." [Surah Al-Ahzab: 32]

Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya.

Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari Syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.

Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya." [Riwayat Abu Daud]

Wanita solehah bukan dilihat dari kegelisahannya ditawarkan cinta sia-sia di tepi jalanan tetapi dilihat dari kegelisahannya jika mengundang insan lain tergoda.

Wanita solehah itu bukannya dipandang pada besarnya ujian dan sengsara yang ditempuh, tetapi wanita solehah itu dilihat pada bagaimana menggunakan setiap ibrah dari segala ujian agar dikuatkan lagi Imannya dalam menempuhi ujian tersebut.

Tidak pernah meminta dikecilkan ujian, tetapi sentiasa memohon agar dikuatkan Iman supaya dapat menempuhi ujian yang mendatang. Wanita solehah itu tidak berbangga dari sifat mesranya dalam pergaulan, tetapi indahnya dilihat dari sejauh mana kemampuan menjaga kehormatannya dalam pergaulan.

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al-Bazzar]

Cinta Sampai Syurga

Bila masanya tiba nanti semua akan bertemu dengan yang Maha Esa. Adakah ia menjadi penamat segalanya? Tidak sama sekali kerana kita mempunyai dua pilihan iaitu Syurga atau Neraka. Hanya dua pilihan tidak lebih. Pasti semua mahukan nikmat Syurga.

Tiada pilihan ketiga, namun dua pilihan inilah yang selalunya disalah pilih. Antara ingkar dan patuh dan antara benar dan salah, antara madu atau racun.

Di setiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan adanya kehidupan akhirat yang kekal abadi kelak.

Musafir di bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya. Apabila di persimpangan jalan hidup kadang tidak tahu untuk memilih persimpangan mana yang membawa ke Syurga, pada-MU jua kami bersujud dan berserah.

Ya, cinta sampai Syurga, cinta di puncak-puncak ketinggian, tidak ada sesiapa pun yang mahukan cintanya hanya sebentar. Pasti mahukan yang berkekalan bersama yang tercinta. Jika pasangannya sudah lebih awal bertemu yang Maha Esa, mohonlah dan berusaha agar dipertemukan di Syurga kelak.

Ya, kerana wanita yang solehah itu lebih cantik dari bidadari Syurga dan wanita dunia yang solehah itu akan dijadikan ketua bidadari, siapakah yang akan menjadi ketua bidadari? Jawapannya wanita dunia sekarang ini, siapa? Ibu, saudara perempuan kita dan pastinya mahukan isteri, isteri yang tercinta. Mahukan cinta yang berkekalan sampai Syurga, di sana cintanya berkekalan.

Kekal abadi itu kehidupan yang dijanjikan Allah. Itu janji yang pasti. Ya, mari bergandingan ke Syurga. Binalah syurga rumahtangga dahulu di dunia agar dapat merasai nikmat Syurga bersama. Institusi kekeluargaan yang berjaya pasti akan menghasilkan kedamaian dunia yang sempurna dengan berlandaskan syariat Islam.

Peluang Beramal

"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah S.W.T, walaupun hanya beberapa saat." (Azmi Bin Bahari)

Mahu berkekalan cinta dunia hingga ke Syurga, itu matlamatnya. Mana ada cinta jika tiada rindu, mana ada kasih jika tiada sayang, untuk apa cinta jika tidak sudi, untuk apa kasih jika tak memberi.

Mana ada cinta jika tiada janji ke Syurga, mana ada kasih sayang jika tiada kehidupan yang diredhai. Untuk apa cinta jika tidak ke Syurga, untuk apa kasih jika mengamalkan cinta terlarang bila rahmat Allah tebar melayang.

Moga cintanya sampai Syurga. Kata putusnya bercintalah sampai ke Syurga, di sana abadi. Tiada manusia yang melemparkan insan yang disayanginya ke lubang Neraka.

Cintalah yang sebenarnya, binalah Baitul Muslim yang sebenarnya, mahu bina masjid, tapi jangan membina masjid dengan binaan batu bata curi. Adakah masjid itu akan terbina bersama rahmat Allah?

Pencinta Bidadari

Bidadari.. ya, buruk dan baik itu ketentuan Allah, kitalah jua yang memilihnya. Amalan yang baik membawa ke Syurga, amalan buruk semestinya menempah Neraka. Hanyalah Iman, amal dan juga takwa menjadi bekal di dalam hidup kita.

Ibnul Qayyim R.A berkata: "Jika ia memasuki istananya – yakni wanita penghuni Syurga dari penduduk dunia – segala sesuatu di Syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga lupa pada Syurga, dan terpaut dengan isterinya."

Ayuh, raikan rasa cinta penuh kebahagiaan di Syurga! Bayangan kata-kata nikmat Syurga idaman telah digambarkan, agar kita membisikkan kerinduan, timbulnya keinsafan dan rasa pengharapan pada Syurga-Nya. Mari buktikan kecintaan kepada-Nya.


ps : ssh itu trbiyyah, sabar itu indah..teguhkn hatiku Ya Rabbi demi mncari syurgaMu yg kekal abadi juga impianku mnjdi penyejuk mata dan hati..insyaAllah =) frOm iluvislam.com

Saturday, February 18, 2012

Allah knows best~


Ya Allah

aku tidak meminta seseorang yang sempurna

namunn aku meminta seseorang yang tidak sempurna sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu

seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya

seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya

seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna


Ya Allah, peganglah hatiku dan hatinya selalu

Tetapkan hati kami, teguhkanlah iman kami

agar tidak jauh jurang kami denganMu

Moga dsitu kan hadir sinar pelangi

menerangi hati dan jiwa yang sangat mendambakan kasih sayang dan keredhaanMU~






Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Friday, February 17, 2012

MendOngak langit Ilahi~


Mendongak ke Langit Ilahi

Dalam kegelapan malam,

Sunyi,

Sepi.

Ku pandang langit-Mu Ilahi,

Subhanallah,

Kepul-kepul awan berarak di kala sepinya malam,

Sentiasa bertasbih kepadaMu,

Sujud kepada kekuasaan-Mu.




Ku dongak ke langit-Mu Ilahi,

MashaAllah,

Bintang-bintang bertaburan indah,

Kerdil kelihatan,

Walaupun hakikat besar gergasi,

Namun tetap tunduk,

Patuh membakar diri tatkala tidurnya insan,

Sentiasa bertahmid kepadaMu,

Sujud kepada keagunganMu.

Tiada rehat dipinta,

Tiap saat sentiasa sujud kepada-Nya,

Fitrah makhluk hanya bergantung kepada-Nya,

Akhirnya membentuk kitaran semesta yang sempurna.

Aku jadi malu kepada diri sendiri,

Kecil, tidak punya apa-apa,

Hancurnya bumi tidak dapat kuberbuat apa,

Namun sering kulagak besar,

Enggan sentiasa memujiMu laksana bintang,

Bukan setiap masa tunduk padaMu sepertinya awan,

Astagfirullah,

Sungguh sombong diriku ini!

Dengan ini,

Saksikanlah ya Allah!

Kembalinya aku pada fitrahku,

Sebagai hamba sujudku kepadaMu,

Tanpa mengira ketika, patuhku akan suruhanMu,

Laksana kitaran di langit, sungguh indah aturanMu.

Ampunilah aku,

Redhailah aku,

Wahai Tuhan Semesta Alam.


Di kala sepinya malam,
Bernaung di bawah Langit Illahi,
Di Bumi-Nya.


Rujukan / Sumber Ilham:

1. Al-Qur'an
· "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
-Surah Ali Imran (3): 190-191

· "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak pelahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan."
- Surah An-Nuur (24): 43

· “ Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana. "
-Surah Al-Hadid (57): 1

· “ Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.”
-Surah Al-Isra’(17): 44





">Tulisan Hariz Khair Ad-Deen