welcOme ^^

~

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran =)


Tyme ni ptt aku dengan kakak2 yang lain tolong mak pape yang patut...buat ketupat palas,aduhai itu memang aku malas sebab kadang bukannye nak menjadik..hehe, mula la kene komplain dengan abang2 aku, tersengeh2 menyakat aku..eleh tapi aku x kisah nnti benda alah tu nak masuk ke perut jugak kn =P Nasib ade kekanda2ku,,kalau tidak kecian kat mak nak buat semua..ptt semua tu dh boleh ditugaskan kat anak2 je kn..

Hmm, raya tahun ni je aku x dapat sertai..ni la dinamak

an pengalaman,best kn =P sejak 2,3 hari nak menjelang raya,sunyi sepi dh bumi Cheras ni, semua hilang pulang ke kampung masing2..aku je kat sini lagi, hee bukan merungut atau hape cuma sje menulis mengisi masa terluang sebelum aku pulang ke kampung kejab lagi..Syukur! aku pun dapat balik sebenarnye,cume lmbat ckit je.. hee~


Okeyh.dikesempatan ini tuan belOg ingin meyusun 10 jari memohon ampun atas kesilapan buat sesiapa yg mengenali..Salam Lebaran diucapkan =))




Biar dia tahu..saya tak kisah ~


Even dapat balek malam raya,,aku tetap rase bersyukur kerana diberi kesempatan untuk pulang beraya bersama2 keluarga terchenta =)

Ok act nk share sOmething yang sangat menarik hati bagi aku, frOm blOg Dr cinta ~~


" Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas, dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi ecpectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak."



" Kalau kita sukakan seseorang, jangan b
eritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. " - Trust Him as He knows the best for us :)



Sunday, August 28, 2011

Ikhlas, Redha & Tersenyum =)




Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MENGASIHI walau kau sedang DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajar PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa ALLAH SWT masih sanggup menolongmu
Berterima kasihlah pada orang yang telah...

* MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
* MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
* MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu
* Dan MENYAYANGI mu kerana itula ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu ~~


Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya =)


lOve ~`



" Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya..
dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti akan kecewa ketika kamu mengetahui kekurangannya "

Friday, August 26, 2011

Hidupkan hati ~



Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.

Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.

Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.

Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)


- Artikel iluvislam.com



Ambillah masa itu~




Ambillah masa untuk berfikir,
Fikiran itu sumber kekuasaan,
Ambillah masa untuk membaca,
Membaca itu asas kejayaan,
aMBILLh masa untuk bekerja,
Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha.

Ambillah masa untuk solat,
Solat itu kuasa yang paling berkesan mencegah kemungkaran,
Ambillah masa untuk bermain,
Bermain menjadikan kita cergas,
Ambillah masa untuk bersedekah,
Hidup kita terlalu singkat untuk kepentingan diri semata-mata.

Ambillah masa untuk tersenyum,
Senyuman itu penawar jiwa,
Ambillah masa untuk bersahabat,
Inilah jalan ke arah kebahagiaan,
Ambillah masa untuk berkasih-sayang,
Inilah kurniaan Ilahi untuk hamba-hambaNya ~


Artikel iluvislam

Tuesday, August 23, 2011

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar..



Kata orang lihat pada sebelah paginya : tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana "terlepas" malam al-Qadar.

Satu SMS menyatakan," Ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) Lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa.

Rasa rugi kalau terlepas!" Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan al-Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, " Jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi "hamba" malam al-Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja."

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat al-Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat al-Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya "diangkat" oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat al-Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas "malam tadi" (malam yang dirasakan malam al-Qadar) apakah sudah berubah, terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya, kita telah mendapat malam al-Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya, malam al-Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam al-Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah "bertamu dalam hati" orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari Syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan "hati kecil" yang suci dan baik. Kedua, bisikan "hati besar" yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara Malaikat dan Syaitan. Antara ilham dan was was. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh "penakluknya".

Orang yang mendapat malam al-Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan, maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam al-Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara. Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam al-Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada al-Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam al-Qadar. Al-Qadar boleh datang, boleh pergi, tetapi Penciptanya sentiasa ada, sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam al-Qadar ini (1430 h) atau dalam perjalanan menuju malam al-Qadar nanti.

Persediaan menenemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk "menemuinya". Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku. Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

- Artikel iluvislam.com

...


Menunggu masa untuk di 'interview'..sempat je on9 =P turn num 56,lmbat lgi..hee

Lama dh x di 'interview'..

ape la agaknye diorng nk tnya ye..hmmm ~

Sunday, August 21, 2011

Permata yang dirindu ~`





Hal yang terindah dari seorang wanita bukanlah pada saat dia tersenyum bahagia,
tetapi saat butiran air mata yang terjatuh dalam doanya..

Bukan kerana kata-kata yang indah..
tetapi pada saat dia diam dalam berzikir..

Bukan kerana kecantikkan yang mempersona..
tetapi sujud dan rukuk yang tiada henti..

Bukan pula kerana keelokkan tubuh yang dia pamerkan..
tetapi kerana keteguhan dalam menjaga auratnya..

Maka dia adalah permata yang dirindui & embun yang dinanti..
Bahkan bidadari syurga pun cemburu padanya..



~ SUBHANALLAH ~



Saturday, August 20, 2011

Jika ~




Jika kita punyai cuma hari ini,

Jika esok kita mati,

Cukupkah sudah amalan sebagai bekalan disana nnati?

Jika kita punyai cuma satu siang sahaja lagi,

Jika kita diberi peluang sampai petang ini,

Untuk membersihkan segala kekotoran pada diri dan hati,

Sempatkah kita membersihkan segala daki2 jahiliyyah terpalit pada diri?

Jika kita punyai Cuma satu jam sahaja lagi,

Jika itu masa ditetapkan untuk kita kembali kepada yang Hakiki,

Pastikah kita dihari pembalasan nanti,

Kita tidak menerima buku catatan dengan tangan kiri?

Jika kita hanya punyai saat ini,

Jika Izrail kini menghampiri,

Tatkala itu kita tak mampu buat apa-apa lagi,

Pastikah kita gembira bersama amalan yang menggunung bertemu Ilahi?

Atau kita membawa dosa yang terbeban dibahu sementara disana neraka Jahannam menanti?

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...”


( surah Ali ‘Imran, 3:185 )

Karya Ain Ibrahim : from azzariyat..

Indahnya !!..




Assalammualaikum..

Ya Ramadhan karim, cepat sungguh dirimu bersama aku dan yang lain..2 minggu telah pun berlalu, terasa baru semalam aku menyambut kedatanganMu..aku berharap dengan sangat semoga Ramadhan yang masih ada dapat diisi dengan penuh bermanfaat dan ianya dapat menjadi Ramadhan yang lebih baek dari tahun2 yang sebelumnya..insyaAllah =)







K

Friday, August 19, 2011

PICU..





Sejak ber'title' "student" dulu aku berhasrat kalau diizinkan memang nak sangat bekerja di PICU even aku x pernah pun ber'posting' di sini ~

Pelan B, kalau bukan di PICU..minat aku di unit kritikal 0 paediatric, mungkin di cardiac intensive care unit (CICU), coronary care unit (CCU), general intensive care unit (ICU), dan mana2 paediatric (PAEDS).. Itu hanyalah impian dan minat, kalau dapat alhamdullillah syukur sangat2 tapi kalau x diizinkan xpe..aku redha,mane2 tempat pun boleh cari ilmu jugak kan..so,x kisah la..kata orang x kenal maka x cinta =PP tapi alhamdullillah, aku bersyukur kerana diterima di PICU..=)

Ok, semalam fes day tagging..hmm, paediatric intensive care unit (PICU) menjadi pilihan d hati...ku pohon dpermudhkn segalanya Ya Rabbku buat diri dan kwan2...=)) Banyak sebenarnya yang aku perlu belajar lagi sebab di sini lain sikit, armmm dengan keadaan baby yang tenat macam tadi, sayu plak rase,hmmm harap aku kuat tapi yang seronoknya setakat ni akak2 dan kj kat situ semuanya baek sangat,hee suka ! . Agaknye,diorang dah terbiasa menjga baby dengan sifat yang penyayang kot lah,,cewahh =PP Harap2 berkekalan lah sebab rini baru hari kedua 'tagging'..Tapi pape pun perlu ada inisiatif untuk belajar dan berdikari jugak kan untuk lebih maju ke hadapan..mana2 tempat pun sama bagi aku lah, n suke tgok member2 pun dapat wad yang diorang suke,bguslah..=) hopefully everthing will run smoothly,insyaAllah2 ~


Thursday, August 18, 2011

SYUKUR !~~



Alhamdullilah SYUKUR ! =)

finally i got a licence





Paediatric intensive care unit ( PICU) menjadi pilihan di hatiku =)





Wednesday, August 17, 2011

cuti2 part 2 ~



Ku bersyukur ke HADRATMU Ya Ilahi..hari demi hari aku tunggu dengan penuh kerisauan, akhirnya dipanggil ke ukm untuk mengambil result exam lembaga yang aku duduki pada 15 Jun yang lalu. Ianya penting untuk membolehkan aku berkhidmat di ppukm bagi jawatan yang telah disediakan iaitu jururawat u29. Seorang demi seorang nama calon yang lulus dipanggil mengikut abjad nama, penuh debaran aku rasakan apabila nama kawan2 yang lain telah pun disebut,masing2 mengalirkan air mata tanda kesyukuran dan alhamdullillah nama aku turut tersenarai. Debaran yang aku rasai hilang, tanpa aku sedari mata mula berkaca2, tiada apa yang dapat aku ucapakn melainkan rasa syukur kehadratMu..terima kasih buat mak abah,keluarga,kawan2 dan para pengajar yang banyak bertahan dengan kerenah kami,banyak beri tunjuk ajar..jasa dan budi baek kalian akan dikenang selamanya.








***********************************************************************




Sejak balik dari mengambil result tempoh hari, aku ambil peluang menghabiskan masa cuti yang ada bersama keluarga di rumah sebelum dipanggil memulakan kerjaya. Di rumah, dapat jugak aku membantu mak ape 2 yang patut selain dapat belajar menjahit baju. Agaknye memang jenis x reti duduk diam aku ni,hee =P






******************************************************************************




25 Julai 2011 tarikh keramat yg aku ingati sampai sekarang, fes tyme aku alami..apabila skuter elite yang aku naiki hampir bertembung dengan kenderaan lain, aku x tahu tapi aku yakin setiap yang berlaku pasti ade hkmhnye n hanya alami kecederaan ringan,sampai sekarang terasa lgi mungkin ambil sedikit masa kot. Tapi aku lebih risaukan keadaan kaki abh yang makin kelihatan membengkak, berbilion2 kali dipujuk untuk dapatkan rawatan..abah memang tersgt susah untuk ke klinik o hospital..hmmm





********************************************************************************




Assalammualaikum...hari ini 1 Ogos juga merupakan 1Ramadhan, hari pertama umat islam menyambut kedatangan bulan yang mulia, alhamdullillah aku bersyukur kerana dapat sama2 menyambut bulan yang penuh makna ini sekali lagi..Aku sangat berharap moga ramadhan kali ini lebih memberi erti buat diri, dapat mendidik hati dan jiwa insyaAllah..walaubagaimana pun aku tetap merupakan seorang manusia biasa yang x lari dari membuat kesalahan. Ingatan dan bimbingan yang aku inginkan untuk sentiasa perbaiki diri..







p/s : semua entry ditulis tyme cuti,,cuma baru sekarang je berkesempatan tok publishkn..