welcOme ^^

~

Tuesday, March 29, 2011

Jangan menilai dari zahir..





Berikut adalah tips² dari Wali Allah,
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
untuk kita sentiasa bersangka baik dengan orang…
Insya Allah kalau kita boleh buat macam ni, tenang hati kita..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.


Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)"




p/s : Ya Rabbi ku pohOn kurniakan hatiku sebegitu, sungguh sukar ku rsakan utk mnjaga hati ini, bntu lah mbamu yg lemah ini Rabbi ku..amiNnn ~~
esaiment siap !! tggu tok present je besok...akitiviti riadah hari ni, berjogging di taman tsek permaisuri bersama2 noor hafiza,sara syafiqah n sara aina.....mud : nak daptkan ketengnan + kehijauan dan jgk utk kesihtan tbh bdn.. ** pdahal lama je x berjogging cz da posting,huhu ~~

No comments: