welcOme ^^

~

Tuesday, February 14, 2012

Hidupkan hatimu! `~


Karya Pilihan : Wahai Diri. . . Hidupkan hatimu dahulu! Sebelum engkau berusaha, membajai hati insan-insan yang lain... (Muhasabah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Wahai hati, hiduplah!


Wahai diri ini. . .
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya

Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.


Diri ini. . .
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.


Ketahuilah diri ini. . .
Hatimu itu keras,
Khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.


Diri ini. . .
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.


Diri ini. . .
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...

Lazimilah awal harimu dengan bacaan suci Al-Quran,al-Mathurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu..


Diri ini. . .
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Di situ ketenangan dan kekuatanmu.


Diri ini. . .
Ketahuilah bahawa hanya hati yang 'hidup' sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.


Wahai diri. . .
Amanahlah kau di hadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu.

Namun rasailah kekerdilan dirimu....
Di hadapan qudrat dan iradatNya.




ps: Peringatan ini tertuju terutama buat diri yang hina ini. Semoga ada manfaatnya juga bersama.. ^_^

'HIDUP'kanlah hatimu dahulu, nescaya engkau akan mendapati, hati-hati insan di kelilingimu jua terubat dengan izin-Nya.

Jzkk kepada Qolbiku dan sahabatnya, Nadia atas karya yang bermanfaat ini. ^_^

Semoga Allah redha~


'Tombo hati' atau ubat hati. . .


ps : credit to pemilik karya~

No comments: