welcOme ^^

~

Friday, June 24, 2011

~`

Renungkan Sejenak…

"Jangan cuba dikawal arah taufan, tetapi kawallah layar kehidupan. Tak perlu diukur dalamnya lautan, tetapi panjangkanlah kail sejengkal."



ps : lama x mnjengok ke sini,,seriusly rindu...~
home sweet home smbil belajar somthing kt kdai kek awani bakery,hee at least aku belajar somthing jgk tyme cuti2 ni kn...=P

Tuesday, June 14, 2011

Bismillah ~`



Salam Imtihan tok semua yang bakal menduduki exm xpecially 4 my batch..

selangkah lagi untuk mendapatkan licence..

permudahkanlah buat kami semua Ya Rabbku,

insyaAllah2..

gambate kudasai ! yeahh =)


ps : bismilah ~

~`


.: Renungan Sejenak :.


" Sedikit yang mengingatkan adalah lebih baek dari banyak yang melalaikan "

Saturday, June 11, 2011

Buatmu..


Untuk bakal imamku..

Bakal permaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya.

Bersabarlah. Tabahlah ~

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti ALLAH mempertemukn kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang boleh menyunjung tinggi Agama ALLAH

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh menyingkapi kekuranganku dengan penuh bijaksana

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Kadang ketika marah, aku lebih suka mendiamkan diri..

Tegurlah diriku secara berhemah

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana

Aku hanya menharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

InsyaAllah. Amin Amin..

hanya ini pintaku ~



*************************************************


Ketahuilah diriku adalah milik penciptaku,

DIA lebih berhak, dan aku redha dengan segala ketentuan yang telah ditentukanNya

Hatiku tidak mampu untuk berbicara lebih lanjut, lidahku kelu

Tiada sebarang kata-kata yang terucap..

Ya Rabbku..

HanyaMu yang mengetahui zahir dan batinku

Apa yang tersirat di hati sanubari

Ya Rabbku

Kau tentukanlah yang terbaek

Hanya kepadaMu ku bermohon

Berilah petunjukMu,didkknlarh hati kami supaya senantiasa berada dalam redhaMU

Wahai diri, yakinilah ketentuan Ilahi..

InsyaAllah ~`






Friday, June 10, 2011

aWaken ~`

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

result dh keluar..~


Bismillah..

Alhmdullillah..

syukur ke HADRATMU YA ILAHI !~`



p/s : result aku biasa2 je =P

Wednesday, June 8, 2011

Insaf sekejab ~`


Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.

Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.

Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.

Saya juga tidak terkecuali.



Kisah Hanzalah

Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.

Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.

Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.

Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa

Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.

Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.

Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!

Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.

Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.

Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.

Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!

Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal

Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.

Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.

Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.

Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.

Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan

Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.

Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.

- Artikel iluvislam.com



Tuesday, June 7, 2011

tEEtttt...tke 1O !~




Assalammualaikum ~


Hati hari ni sangat teruja nak menulis sesuatu untuk dimuatkan dalam entry kali ni, x dak ape sebenarnye yang nak dikOngsikan hanya mengikut rentak jari-jemari yang berfungsi. Tersedar + berfikir sejenak...hmm setiap yang ada disekeliling kita adalah bukti keagungan Ilahi, alhamdullillah salah satu nikmat kesihatan yang dikurniakan olehNya dapt aku trus menulis,berfikir... syukur..syukur...bnyak lagi dan x terhitung rasanya,," ingatilah selalu wahai diri yang selalu alpa " T___T ..
latihlah dirimu selalu dan mOga istiQamah itu hadir bersama, insyaAllah ~

Act, take 10 kejab..saje merehatkan minda lepas menyiapkan 50 soalan LJM, huhu..nnti to be continue...haihhh, cepat betol mengeluh..ni baru 50 puteri ! puan ingatkan sehari nak x nak kene buat at least 100 soalan..exam just around da cOrner, aku bersyukur dh lulus exam ikhtisas menandakan bOleh jOin sama-sama graduation..=) tapi x bOleh hepy2 sepenuhnye lagi, kene cOol je dulu sebab bOard exam menanti 15 Jun. Banyak plak exam, kalau mmber2 laen nih dah skaan dh horey2 kt umah sekarang nih..jeles betOl =PP sbO je lah, huhu ~

Oklh, dh tymes up !..kene continue balik sbb my hOumate dh pnggil, nak siapkn lgi 50 then untuk aktiviti riadah petang nih, kami ingat nk menghirup udara segar + jOg kt tasek permaisuri...situ je lhh, mne je lgik kn...hehehh, sayOnara !~

tEEEtttt....murah pulak rezeki rini, da jemputan Open hOuse umh izzh, insyaAllah kami mai,, bak kta orang,," rezeki jgn ditOlak, musuh jgn dicarik kn "..teehheeee ~ =PP...pe slahnye, mmeriahkan lgik keadaan + meramaikan majlis...*eceeehh !


ps : sesungguhnya yang baek itu datang daiNya, kekurangan itu dari diri ini, hambaMu yg kerdil..** peringatan untuk diri **

Monday, June 6, 2011

~ Renungan sejenak ~

"Kemungkinan kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan kemungkinan kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untuk kamu. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui apa-apa" Surah al-Baqarah ayat 216


Friday, June 3, 2011

seKuat taBah..



Dalam kepayahan,
cekalkan dirimu,
dalam meniti arus duniawi,
dirimu harus tabah ! perlu pndai jaga / bawa diri..
ambil segala kepahitan, kesusahan sebagai cabaran kehidupan..
untuk berjaya adalh bergantung pada usaha yg bersungguh2..
namun jangan sesekali terlalu leka,ingtlah hnya akhirat yang kekal selamanya..

kesabaran adalah penting,
ianya juga adaalah ujian bagimu,
oleh itu dirimu harus kuat + bersabar dalam apa jua keadaan,
jganlah terlalu mengikut nafsu,
kelak merana diri..

ingatilah Maha Pencipta selalu,
percaya dan yakinilah,
kamuu akan rsai ketenangan yang abadi..
insyaAllah ~

hati?
mengapakah begitu sukar kadang-kala ku rsakan untuk menjagamu,
aku tahu, yang Maha Esa hnya melihat, menilai sesuatu amalan,
berdasarkan sebuah hati yang ikhlas,
kerna itu aku sentiasa mencOba menjagamu dengan baek,,
tapi ketahuilah, kadang aku kalah jua..
bimbinglah, ingatilah diriku..
kerna aku jua adalah insan biasa..

Thursday, June 2, 2011

Ahlan waSahlan = buLan Rejab ~`



Selamat datang bulan Rejab,, besOk 3 haribulan ( Jumaat ) kita akan memasuki bulan Rejab. Dikatakan bulan Rejab adalah bulan Allah SWT. Jadi, mari kita melihat kembali apakah istimewanya bulan Rejab ini.



Diriwayatkan bahwa Rasullullah SAW telah bersabda, " Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT "

Maka :


Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapt keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab / Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu tanggal 1,2, dan 3 Rejab maka ALLAH SWT akan memberikan pahala dunia dan seksa akhirat

Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaAllah permintaannya akan dimakbulkan ALLAH SWT, insyaAllah ~~

Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahannam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang elah lalu dan menggantikan kesemu kejahatannya dengan kebaikkan, dan barang siapa yang menambah ( hari-hari puasa ) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya ".


Sabda Rasullullah SAW lagi : " PAda malam Mik'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pda Jibril as " Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini? "

Maka berkata Jibril as " Ya Muhammad sungai ini adalah untk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini ."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : " Ketika kami berjalan bersama-sama
Rasullullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasullullah SAW berhenti dan beliau menngis dengan mat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT . Lalu saya bertanya kepada beliau " Ya Rasullullah, mengapakah engkau menangis? "

Lalu beliau bersabda " Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH meringankan atas mereka ".

Sabda baginda lagi " Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dlam kubur ".

Tsauban bertanya " Ya Rasullullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapt mengelakkan dari seksa kubur? "

Sabda beliau " Whai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dam perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sOlat malam sekali dlam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sOlat malam satu tahOn."


" selamat beramal " ^^

ps : ingtan utk diri sndirik khasnya~`

TolOng inGATKAn ! ~`



.: ASSALAMUALAIKUM :.
.. DuHAI sahabat2 yang ku kasihi ..


Tolong INGATKAN ~`

Andai saya terlupakan Tuhan,

Dalam kelapangan dan kesibukkan,

Dalam kesenangan dan kesusahan.

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan."




Tolong INGATKAN ~`

Jangan jadik anak derhaka,

Mak abah dilupakan JANGAN,

Usah diluka hati dan perasaan.

٠"Redha Allah terletak kepada keredhaan ibubapa kita...."





Tolong INGATKAN~`,

Dengarlah danbacalah AL-QURAN,

Tika radio penuh hiburan,

Tika tv penuh hindustan.

Sebaik-baik manusia adalah orang-orang yang belajar Al-Quran dan mengamalkannya"

(H.R Bukhari)...”





Tolong INGATKAN ~`

Di mana silamnya zahirku,

Jika aurat didedahkan disingkatkan,

Diketatkan dan dijarangkan.

❤●Sesuatu yang tertutup itu lebih indah d

an berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah❤●




Tolong IN
GATKAN ~`

Jadilah sahabat yang BAEK,

sentiasa memberi peringtan,

sentiasa menerima teguran.

❤●٠ Jika seseorang itu tidak dapat bersilaturrahim,maka tiada 'FIRDAUS' baginya..❤●





Tolong INGATKAN ~`

Kalau bercinta biarlah keranaNya,

Dalam memilih utamakan IMAN,

Kelak ikatan dihindari syaitan.

❤●... moga kutemui pemilik cintaku selepas Allah, Rasulullah daan ibu-bapaku...❤●





Tolong INGATKAN ~`

Hidup ini satu kembara,

Kutiplah mutiara dalam perjalanan,

Moga di sana menjadi bekalan.

"Seorang yang menuntut ilmu kerana Allah untuk bekalan di negeri akhirat,Orang sebeginilah yang akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat, yang disebut oleh Allah SWT sebagai orang muttaqin..”





Tolong INGATKAN ~`

Diri ini milik YANG KUASA KEPADANYA,
Jiwa diserahkan
segala-segala,

Dialah tumpuan.

.. Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah, bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah, berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah dan akan ku terus berpegang pada matlamatku ..




Tolong YE INGATKAN saya !!!!

Hayya kita saling mengingati antara satu sama laen.

.mudah2an kita tergOlong dalam kalangan golOngan yang berjaya dan diredhai ALLAH .

insyaAllah ~`