welcOme ^^

~

Tuesday, March 29, 2011

Jangan menilai dari zahir..





Berikut adalah tips² dari Wali Allah,
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
untuk kita sentiasa bersangka baik dengan orang…
Insya Allah kalau kita boleh buat macam ni, tenang hati kita..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.


Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)"




p/s : Ya Rabbi ku pohOn kurniakan hatiku sebegitu, sungguh sukar ku rsakan utk mnjaga hati ini, bntu lah mbamu yg lemah ini Rabbi ku..amiNnn ~~
esaiment siap !! tggu tok present je besok...akitiviti riadah hari ni, berjogging di taman tsek permaisuri bersama2 noor hafiza,sara syafiqah n sara aina.....mud : nak daptkan ketengnan + kehijauan dan jgk utk kesihtan tbh bdn.. ** pdahal lama je x berjogging cz da posting,huhu ~~

Sunday, March 27, 2011

menjadi muslimah DIAM ~





Diam adalah emas...

Sahabat, sering kita dengar ungkapan tersebut. Namun diam seperti apakah yang akan menjadi emas? Tentu bukan diam kerana tidak tahu, diam kerana lemah, diam kerana pasrah, atau diam kerana menyerah kalah. Menjadi muslimah diam? Diam apakah yang akan menjadikan seorang muslimah menjadi peribadi unggulan yang dijadikan sebagai figur dambaan umat?

1.
Dewasa. Seorang muslimah dituntut untuk dewasa. Bukan hanya dewasa dari segi fizikal atau usia, tetapi dituntut untuk boleh dewasa atau matang dalam sikap dan perbuatan. Seorang ibu dituntut untuk bersikap dewasa di hadapan anak-anak dan keluarganya. Jika seorang muslimah tidak boleh bersikap dewasa, maka ia akan tidak sabar dengan pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya, juga dia tidak akan sabar dengan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya.

Memang, setiap individu memiliki sisi keanakan dalam dirinya. Tidak menjadi masalah, jika usia seseorang masih muda, atau remaja, tapi fikirannya dewasa, sebaliknya, agak lucu jika seseorang yang sudah dewasa dari segi umur, namun sifatnya masih sangat keanak-keanakkan. Seorang muslimah pun dituntut selalu berfikiran positif di setiap keadaan. Semua itu boleh diraih bila muslimah bersikap dewasa.

2.
Inovatif. Seorang muslimah dituntut untuk inovatif, selalu mempunyai gagasan dan idea-idea baru hingga segala sesuatu tidak terkesan monoton dan membosankan. Contoh, jika seorang ibu rumah tangga terus-menerus memasak masakan yang sama, tanpa ada inovasi-inovasi, tentu akan membuat anggota keluarganya bosan. Atau tatanan kamar yang sama selama bertahun-tahun, tentu akan membuat kita bosan.

Contoh, jika kepala kita sedang penuh dengan masalah, lalu kita ubah interior kamar kita, buang atau simpan barang-barang yang sudah tidak kita perlukan. Insya Allah, suasana baru akan membantu menyegarkan fikiran kita. Atau juga, jika kita memiliki beberapa pakaian lama yang masih elok, kita boleh memperbaharuinya dengan menambah atau mevariasikannya dengan baju-baju lain atau dengan beberapa aksesori, sehingga terkesan baru. Akan banyak hal-hal baru yang terciptakan yang akan membuat perubahan dalam hidup kita jika selalu berfikiran inovatif.

3.
Alami. Bersikaplah wajar, alami, tidak dibuat buat. Berperilaku wajar dan alami tidak dibuat-buat. Berdandan wajar, alami, tidak terlalu menor. kerana terkadang segala sesuatu yang berlebihan malah membuat sesuatu jadi tidak enak dipandang. Segala sesuatu yang alami tak akan pernah lekang ditelan zaman. Biarkan segala sesuatu berjalan apa adanya, sesuai kehendak Allah.

4.
Menyejukkan. Seorang muslimah haruslah jadi penyejuk bagi suami juga keluarganya. Seperti yang dilakukan Bunda Khadijah pada Rasulullah SAW ketika beliau mendapat wahyu pertama. Siti Khadijah menenangkan beliau. Siti Khadijah juga yang setia mendampingi Rasulullah SAW dalam setiap langkahnya. Seorang isteri haruslah boleh jadi penyejuk dalam setiap langkah suaminya, penerang dalam gelapnya.

Seorang muslimah harus menjadi penyejuk di tengah lingkungannya, jangan sampai jadi pemanas suasana. Banyak wanita yang menghabiskan waktunya untuk bergosip, membuat suasana menjadi panas. Seorang isteri harus dengan sabar mendampingi suaminya, kerana banyak rumah tangga yang suasananya menjadi panas, hanya kerana si isteri menuntut terlalu banyak dari suaminya. Sudah banyak diriwayatkan, bahawa sebagian besar pengisi neraka adalah wanita. Na'udzubillahi min dzalik.

Seorang ibu juga harus selalu menjadi penyejuk bagi anak-anaknya, menjadi pendengar yang setia dari setiap keluhan yang diceritakan anak-anaknya, dengan memberi thausiyah-thausiyah yang menyejukkan kalbu. Subhanallah, alangkah indahnya jika seorang muslimah boleh menjadi penyejuk pandangan setiap insan, terutama keluarganya. Dimana ia menjadi tempat yang dicari setiap orang untuk berteduh dari lelahnya, yang akan selalu siap menyambut mereka dengan senyuman yang tulus dan kata-katanya bagaikan embun di tengah gersang.

Ukhti muslimah, Saat ini kita terlalu lelah dengan berbagai kondisi yang sering tidak menentu. Maka jadilah antunna sebagai figur dambaan umat, yang dengan DIAM, antunna menjadi muslimah yang selalu dirindukan setiap orang.

Wallahu a'lam bishshawab.

Tenangkan hati ini Ya Allah....
http://anazahra.blogspot.com/

Saturday, March 26, 2011

bersama keNit-kEnit saya ~_^

Assalammualaikum...~~


Sangat suke, riang gumbira je hati bila tiba hujng minggu cm gini..teheee tpi tula,bOrink plak rsa...asal hjung minggu je me alOne at hOme, xdk la selalu sgt pon sbnrnye...hmmm, hOusemte rini pakat kuar cz msing-msing da hal sendiri..da yg blek kpg, kuar...huhu, aku cm bsa la..klu dh xdk pape,mlas nk kuar stay jela kt umh ni..mnfaatkn cuti,iye dak...huhu, tgh x tentO hala tdi x taw nk wt ape aku tgk2 pic lama zaman dolu2..bnyak kenangan,,aku sayang sesngat semua kenangan yg aku alami..phit mnis, semuanya mengajar aku erti kehidupan sbnrnye ~~

tgk punya tgOk..tingt + rindu-rinduan plak kt kenit-kenit saya tuh, dulu kcik2 je semuanya....sekali blek je,dh beda ** ayat mcm bertahun2 je x blek,ngee ~~ xpecially alisya anak akk aku num 4 tuh.. dari baru lhir, sekali blik dh pndai berjalan sekarang nih...shOmel je tgk bdk2 kck bru nk blaja bjln ni,, rjen la ak mngusik..hehee ** jaat kan ^^




puteri izyani nadhirah binti megat mohd nurul hisham



puteri izzati hazwani binti megat mohd nurul hisham



megat izham hakimi bin megat mohd nurul hisham




nurfazliyana izzurin binti mohd shamsul



mohd faris izzuan bin mohd shamsul



mohd fikri muzakkir bin mohd shamsul


mohd faa'eq danish bin mohd shamsul



nur alisya humairah binti ramli




dan dan dan... !



saya bersama kenit-kenit saya ~_^







" indahnye,,menjadi bayi...putih bersih tanpa dOsa " ~`







p/s : riang gumbira je hati meng'update' belOg padahal isnin ni da mid term exam, kawan2 doakan naa ~~ =)

Friday, March 25, 2011

entRy : suke suki suku.. hee



yeayyy...ari ni dengan rasminye tamat mOdul management ! hehee^^






suka memng suka coz tyme kt wad x pck sgt dh nnti...tpi rsa sayNG tuu pun ade,x dinafikan cz bnyak ilmu yg aku timba, confident level meningkt, tnggunggjwab trasa, masa punctual..hOho, iyeke??tpi ade la jgk even kekadang terkandas perform gud perfrmnce..~~

p/s : hmbOihhhh2...suka naa ! =p

Wednesday, March 23, 2011

hOld my hand !

Hold My Hand
Album : Thank You ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com



I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you


p/s : tymes dh lenguh tgn writing report yg pnjgn menjela2 nih,, kita tke 5 jb smbil layan lagu yg best nih...jenoh belit lidah jgk la nk ikut bila part yg lju2 tuh..hahah,, whatever..lyan je + jnji ske lgu nih!! ^^

Tuesday, March 22, 2011

We choose this way / path...~

Assalammualaikum ~~

mOrning !.. pagi yang indah...=)

> sedikit perkongsian buat shabat2 dan khasnya untuk diri sndiri yg selalu dibuai mimpi nih..ilmu yg diperolehi ingin dikongsikan bersama dlam alam maya ni agar tidk luput dari memory..sifat manusia,yg selalu lupa dan alpa...n n n kalau bkk belog nih haa,nmpk blek... kn x hilang..hgeh3 =P



We choose this path / way


" Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta ( terhadap Allah SWT ) " surah Al-An'am : ayat 116


  • semuanya bergantung pada diri individu itu sendiri perihal jalan yang ingin dilaluinya..
  • ingatlah,, Allah SWT tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sndiri yg berusaha untuk mulakan suatu perubahan ke arah kebaikkan..
  • suara majoriti tidak semestinya semua betol kn...maksudnya disini, klu ramai yg buat sesuatu tu sedangkan bnda tu kita tahu salah..ptt ke / perlu ke kita ikut ?
  • sbb itulh,penting kita punyai ilmu kerana dengan ilmu yang ada kehidupan akan lebih sempurna.
  • " carilah ilmu hingga ke negara china "
  • bijak lah dalam memilih,,dalam melakukan pemilihan...kerana sebuah kehidupan mmng lumrah akan brhdapan dgn pelbagai perkara, usah mngeluh..jika ujian yg diberi..kerana kdang ujian yang datang mungkin akan mematangkan kita...jdik lebih alert ,tidak terus dibuai mmpi indah di siang hari..jika kenikmatan yg diberi,bersyukur lah selalu
  • pilihan berada di tangan kita..jdi,buatlah pilihan yg terbaek + pohonlah kepadaNya selalu..insyaAllah ~~


>> "sesiapa yg meringankan beban manusia, maka Allah SWT akan meringnkn bebanannya
di padang mahsyar"..


>> ikhlaskan hati dan diri dalam melakukan sesuatu, jdikan ia 1 ibadah...
( t'sedar dengan profession yg aku amek sekrang,senng je nk dpt pahala n dosa = kene la bijak rebut peluang dgn baek ) ** tkOt sgt2,tkOt diri alpa T__T


>> shring artikel kOmik yg cOmeyh kt bawah ni..^^

p/s : kOmik dari azzariyat.com



Komik Si Petak kini di Azzariyat.com.

Semoga sampai mesejnya. Enjoy!









caRilah hAtimu..~`

Carilah Hatimu


“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”


Suatu petang, seorang teman bertanya,

“ Apa yang dimaksudkan dengan mencari hati tu? Macam mana nak cari hati?”

“ hm, ntah…mungkin niat yang betul kot..”

Sejak itu, soalan tersebut bermain-main di minda ini. maka, bermulalah pengembaraan saya dalam misi mencari hati.

Kata-kata Imam al-Ghazali itu, sangat menyentuh jiwa ini, terutamanya sewaktu dilanda futur. Betul, iman manusia itu bak kata ulama’ ibarat air yang mendidih. Sesaat yang lalu mungkin kita boleh menangis dan menyesal dengan dosa-dosa yang lalu, tapi sesaat kemudian bila jumpa makanan jumpa sahabat, jumpa buku, kita lupa balik. Solat maghrib kita mungkin khusyuk, tapi solat isyak kita nanti belum tentu lagi. Begitulah keadaan iman di hati.

Oleh itu, kita diseru untuk mencari hati, terutama ketika beribadah. Tapi, bagaimana yang dikatakan mencari hati itu? Watashi mo wakaranai kedo, kita rungkaikan sama-sama, InsyaAllah.

“Aku memang xde hati langsung nak masuk JAD. Datang ni pun sebab parents je”

“Aku ade hati kt die la, tolong adjust bley?”

Kalau kita lihat maksud hati dalam dialog di atas, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan adalah keinginan. Tak ada hati, tak ada keinginan. Ada hati, ada keinginan. Jadi, adakah maksud mencari hati yang dinyatakan oleh imam al-ghazali adalah mencari keinginan?

“Aku dah try sepenuh hati dah, tapi x boleh jugak…”

“ Tengok die makan sepenuh hati, rasa lapar la plak…”

Kalau dalam dialog di atas ni pula, sepenuh hati bagi saya adalah penuh kesungguhan. Minah dah cuba dengan bersungguh-sungguh, tapi dia tak boleh buat juga. Ajim pula makan dengan bersungguh-sungguh hingga membuatkan orang yang melihat pun terasa lapar. Jadi, mencari hati tu, mencari kesungguhan ke?

Wallahualam, saya juga tiada jawapannya. Tapi, menurut beberapa tafsiran yang saya baca, mencari hati dalam ayat ini bermaksud mencari ketenangan. Fitrah setiap insan mahukan ketenangan dan kebahagiaan buat hati mereka. Pernah tak rasa hati tidak tenteram? Bagaimana kita mengubatinya? Buat tak tahu dan tengok tv? Atau call parents? Cari rakan untuk berkongsi? Pergi shopping? Ya, bermacam-macam perkara yang kita lakukan supaya memperoleh ketenangan hati. Dan sungguh, ketenangan itu susah untuk digapai kerana hati ini bukanlah milik kita. Hanya Dia Yang Maha Kuasa ke atas hati hamba-hambaNya.


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”(surah ar-Ra’du:28)


Lakukanlah apa-apa sahaja yang boleh mengingatkan kita tentang Allah SWT. Pasti ketenangan itu akan datang menjengah hati. Rasulullah SAW bersabda,


“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kekayaan hati.”


Kekayaan hati disini bermaksud merasa tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dikurniakanNya. Bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Cuba kita lihat para sahabat. Lihatlah Saidina Abu Bakar yang imannya jika ditimbang lebih berat daripada dunia dan seisinya. Suatu ketika, ketika rasulullah sedang sakit, rasulullah meminta Abu Bakar untuk mengimamkan solat. Maka, kata Aisyah r.a., Ya rasulullah, orang tak akan faham apa yang dibaca ayahku ketika solat. Kerana apa? Kerana dengan membaca basmallah sahaja pun, Saidina Abu Bakar sudah teresak-esak menangis mengenangkan sifat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Itu saidina Abu Bakar, yang diuji Allah dengan kesusahan, keperitan hidup sewaktu diboikot, kemiskinan setelah masuk Islam dan lain-lain. Namun, beliau masih teguh dan mampu menangis mengenangkan kasih sayang Allah kepadanya.

Bagaimana pula dengan kita? Diberi kemewahan hidup, kebahagiaan keluarga, sahabat yang ramai dan baik-baik, kelas yang ber’aircond’, surau yang berkarpet dan lain-lain, tapi masih mempersoalkan terhadap kasih sayang Allah terhadap diri ini. Dimanakah hatimu?


“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang , gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.” (surah az-Zumar:23)


Gementarkah hati kita tika dibacakan ayat-ayat Allah? Termasukkah kita dikalangan hambaNya yang mendapat petunjuk?

Mungkin hati kita ada, tapi penuh dengan karat jahiliah. Kita dilahirkan dengan hati yang putih, namun kita sendiri yang menconteng pelbagai corak arang di atasnya. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia;


“Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? ” Rasulullah menjawab, “Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran”-(H.R Baihaqy)


Bersihkanlah ia. Semak-semak dalam kehidupan harian kita. Telahkah kita buka awal pagi kita setiap hari dengan hati yang bersyukur? Telahkah kita ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadap diri ini. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuhlah wajah, fikiran, pendengaran dan penglihatan kita daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikanlah solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat kita.

Seorang teman pernah mengingatkan, “kite kalau nak berubah luaran senang je, kalau rase nak labuhkan tudung, boleh beli dan pakai..tapi hati ni, hanya Allah yang tahu..”

Terima kasih teman kerana mengingatkan diri ini. Proses mencari hati bukanlah proses yang sekejap saya kira. Proses yang mengambil masa sepanjang umur kita mungkin. Kerana hati ini takkan pernah tetap. Hari ni kita ikhlas beramal, esok belum tentu lagi. Hari ini kita beroleh ketenangan, esok belum tentu lagi. Hari ini hati kita sihat, tiada jaminan ketika sakaratul maut nanti hati kita akan sebersih itu juga. Jadi, sentiasalah muhasabah diri dan sentiasalah berusaha untuk mencari hati kita. Selagi punya masa perbetulkanlah niat untuk setiap amal kita.


graphic1


Sesungguhnya hati itu milik Allah. Carilah hatimu, ketenanganmu, kesungguhanmu, juga keikhlasanmu dalam setiap amalmu. Kerana hati ini miliknya, dan hanya dia yang mengetahui isinya. Pohonlah padanya agar dilembutkan hati untuk merasai ketakutan azab-azabnya. Pohonlah diberi kefahaman dan penghayatan tika membaca ayat-ayatnya. Pohonlah diberi ketenangan dalam menjalani hidup seharian sebagai hambaNya. Pohonlah diberi keikhlasan dalam setiap amalan kita. Jika tak berjaya juga, pohonlah padanya agar dikurniakan hati yang baru, kerana hati yang kita miliki saat ini mungkin bukan yang terbaik untuk kita..


by : azzariyat.com ~

Sunday, March 20, 2011

sabar ~~ pupuklah ia dalam diri


Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Azzariyat.com

- Artikel iLuvislam.com

Saturday, March 19, 2011

2 jiwa disatukan ~~





entRy kali ini khas untuk k.idura ( kakak auni )
yang telah bertukar status...
thniah diucapkan.. ! =)
semoga bahtera yang dibina berkekalan hingga ke syurga yang kekal abadi..amin ~~





yg ni adalah k.fiza, merngkap orang yg mmbwa kami ke destinasi yg ditujui
lokasi : dewan masjid bukit aman ~
waktu : 1.30 pm
tarikh : 19 March 2011
kenderaan : ck pesona =P
ahli : semua housemate
tQ akk ! ^^



housemte saya..fatin n farah ~~











snap kt 'baby pink' aisyah jb..hehe =P



p/s : next??
** xthu la spe...wait n see ~~ =P

Friday, March 18, 2011

Buat sang PUTERI ~~




Nasyid pilihan yang banyak memberi motivasi untuk sentiasa
memperbaiki diri dan menjaga kemuliaan diri seorang muslimah.





Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu

Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


by : http://ummuammar76.blogspot.com/

p/s : mak pesan rjenkn diri bc bku,engat ini thun terakhir kamu...baek mak =)
blog,nti free2 lgi sya update kamu ya =P