welcOme ^^

~

Monday, December 27, 2010

DIA lebih mengetahui ~


Jika kau berasa lelah dan tidak bermaya
daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu
jika kau fikir bahawa hidupmu
sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersama denganmu
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu
jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu
Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat
Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat
Ketika sesuatu yg indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk
dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan
memanggil dengan namamu
Ingatlah...bahawa di mana pun kau atau
ke mana pun kau menghadap
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Mendengar
4 apa katamu?

No comments: