welcOme ^^

~

Wednesday, February 15, 2012

Rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah~


MengAdulah padaNya apa sahaja. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati `~




>.: Rahsiakanlah perkataanmu atau Nyatakanlah :.<

Rahsiakanlah perkataanmu,
Atau nyatakanlah,
Sungguh,
Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
Tidak ada sehelai daun,
Gugur di luar penget
ahuanNya,

Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi,
Dan tidak pula sesuatu yang basah maupun yang kering,
Melainkan semuanya tertulis,
Dalam kitab yang nyata.

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata,
Sedang Dia dapat melihat se
gala penglihatan itu,
Yang Maha Halus, Maha Teliti,
Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi.

Maka. . .
Rahsiakanlah perkataanmu,
Atau nyatakanlah,Simpan sahaja bicaramu,
Atau lafazkanlah,
Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala apa
yang terpendam di dalam jiwa.
Bermohonlah kepadaNya,Dan merintihlah apa saja,

Ketahuilah,
Sesungguhnya Allah itu dekat,
Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-hambaNya,

Yang Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang dari segala yang penyayang,
Dan hanya kepadaNya tempat bergantung segala makhluk.



Allah itu dekat
Di mana-mana saja
Pada bila-bila masa



*kitab yang nyata = Loh Mahfuz

Sumber Rujukan / Ilham
· " Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus, Maha Mengetahui."
- Surah Al-Mulk (67): 13-14 -

· " Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahuinya selain Dia sendiri. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)."
- Surah Al-An'am (6): 59 -

· " Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus, Maha Teliti."
- Surah Al-An'am (6): 103 -

· " Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesunguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila dia berdo'a kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
- Surah Al-Baqarah (2): 186 -

· " Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. ...
... Berdo'alah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan. "
- Surah Al-'Araf (7): 55-56 -

· " Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu."
- Surah Al-Ikhlas (112): 2 -

· " Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
- Surah Al-Fatihah (1): 5 -


ps: Kebanyakan bait-bait di ambil terus dari ayat-ayatNya. Cuma struktur dan gaya bahasa itu diubah sedikit, agar bersesuaian dengan mood puisi ini. Semoga, ayat-ayatNya itulah, yang lebih berkesan pada jiwa-jiwa orang mukmin.

Tuesday, February 14, 2012

Hidupkan hatimu! `~


Karya Pilihan : Wahai Diri. . . Hidupkan hatimu dahulu! Sebelum engkau berusaha, membajai hati insan-insan yang lain... (Muhasabah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Wahai hati, hiduplah!


Wahai diri ini. . .
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya

Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.


Diri ini. . .
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.


Ketahuilah diri ini. . .
Hatimu itu keras,
Khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.


Diri ini. . .
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.


Diri ini. . .
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...

Lazimilah awal harimu dengan bacaan suci Al-Quran,al-Mathurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu..


Diri ini. . .
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Di situ ketenangan dan kekuatanmu.


Diri ini. . .
Ketahuilah bahawa hanya hati yang 'hidup' sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.


Wahai diri. . .
Amanahlah kau di hadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu.

Namun rasailah kekerdilan dirimu....
Di hadapan qudrat dan iradatNya.




ps: Peringatan ini tertuju terutama buat diri yang hina ini. Semoga ada manfaatnya juga bersama.. ^_^

'HIDUP'kanlah hatimu dahulu, nescaya engkau akan mendapati, hati-hati insan di kelilingimu jua terubat dengan izin-Nya.

Jzkk kepada Qolbiku dan sahabatnya, Nadia atas karya yang bermanfaat ini. ^_^

Semoga Allah redha~


'Tombo hati' atau ubat hati. . .


ps : credit to pemilik karya~

Monday, February 13, 2012

Buat kamu ~




Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..

Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..

Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..

Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..

Adakah engkau sanggup jika kerjayaku tidak menentu waktunya..

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..

Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis
kau menemaniku berpuasa sunat..

Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..

Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..

Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..

Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..

Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..

Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..

Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..

Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..

Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..


Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???


Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu,jujur aku juga begitu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..

pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu.…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..

kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya~

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..
aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..
dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..



Thursday, February 9, 2012

Pullman~




Pullman = tarik-lelaki, hee pelik plak =P
aku x kisah ape saje nama yang diberi yang penting aku suke sangat tempat ni, tenang!

Cuti memang tersangat dinanti2kan, riang gumbira terasa mcm nak melompat sampai ke langit, teheee~ * over yerp! *

Hati ingin ke suatu tempat seperti yang dirancang, tengah hari itu kereta yang dpandu rakan serumah meluncur laju d jalan raya~ * Hati berbisik, seronoknye bila dapat pandu kereta sendiri..moga 20 ari bln ni test JPJ aku berjalan lancar hendaknya, takutt la! hmm

Pertama kali sampai ke pullman, terus jatuh hati..* oh nO, im fall in lOve! *=P
Teringin nak bawa family ke sini, mesti suke bdak2 kecik tu bermaen air..
teringin nak pandai jalan2 kt KL, pandai memandu sendiri..sangat x sabar, tapi bersabarlah wahai puteri~~


wif fatin


tersangat cantik tempat ni, nak aje setiap petang ke sini~


berkelah tgh hari rembang,adOi!

pabila kanak2 riang beraksi =p

sy suke kebiruan air dan langit, kehijauan alam..sungguh cntik alam ciptaanMu Ya Allah~

with fRah..


.: okeyh ape, x jumpe pantai o pulau..jumpe tasik yang cantik cmni pn xpe =) :.

Saturday, February 4, 2012

Rindu kekasih Allah pada ummatnya~




Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

- Artikel iluvislam.com




****************************************************************




Sayunyee...-tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru-..salam maulidur rasul...marilh kita sama2 menghayati khutbh terakhir dr Rasululah S.A.w......~~
Bismilahirramanirrahim...

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW..
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Bayi ketika di bacakan al quran.mp4

“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka,

“Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini,” (Surah Al-A’raf: 172).

Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim.

Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.




Subhanallah! ~


Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu jelas sekali mempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi.

Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah.

Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT, wallahu’alam.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN


p/s : memang berniat,,nnti kalau ade bby nk selalu perdengarkan ayat suci Al-Quran, moga suatu hari minda dan sifatnye bercirikan akhlak yang mahmudah,insyaAllah =)

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar




> HAYATILAH DAN RENUNGILAH <


Tanpa aku sedari, setitis demi setitis air jernih jatuh membasahi pipiku..Cinta, kasihnya dirimu pada kami ya Rasullullah walau tika ajalmu kian menjelma,ingatanmu tetap buat kami..Ya Rasullullah, sungguh kini rinduku padamu begitu menggunung. Aku xtahu, linangan aku ini sukar untuk dberhentikan..hatiku sayu melihat pengorbanan mu itu...Duhai kekasih ALlah, akhlakmu begitu mulia..engkau tetap berusaha menolong umatmu walau ingtan umatmu akhir zaman ini sering alpa, terlalu leka!.. maafkan kami duhai kekasih Allah. ..Hatiku bertabah pilu terkenangkan pengorbanan mu dalam mencari ummatmu di padang mahsyar dan saat dirimu dijemput oleh malaikat izrail, Ya Allah..Ku pohon, ingin sekali bersama2 mu..melihat wajah sucimu di alam sana kelak, kerana aku tersangat merinduinya~~Bantulah hambamu ini dan yang lain untuk selalu mengingati diriMu dan juga kekasihMu Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaatmu hadir bersama, insyaAllah ~~

> Salam Maulidul Rasul <

T______T