welcOme ^^

~

Sunday, April 10, 2011

hang out ~~



Assalammualaikum...

lma jgk x updte bnda alah nih..
act, lmbt sgt jdiknya time nk bkk...kekdang hang,dok thu psai pa...
hmmm..
whtever,, nnti bru nk gOdak2 laen tgk...skit ke,dmm ke..hehe ** cm human plak bila tnya cmtu kn =P

oklarh..

x byk nk cite..
cuma nk updte pic ckit,
miss tht mOment okeyh !...
lma x kuar kn, smlm kuar kjb ngn kwn2 t'chenta..
my housemte n ex housemte...
fatin aqmar + aisyah ~~
bkn selalu nk kuar2 cm gini..
tmbh2 minggu posting n kekangan2 yg melanda kekdang tuh..ngee ** cm bz sesgt la plak..
idak le bz sgt pn, cumenye kekdang mleh nk kuar..
kdang msing2 da hal msing2 kn...
xpe...cheQ phm, pape..alwyz miss tht mOment with lovely mely fwenz,smbng2..mkn2 ye dak =) sgt suka punye psal smpai kki pn rsa cm cbut la jgk...huhu
haih..! sakan2 bdk2 nih =P

cukup smpai di sini...
exm arOund da crner yeah ~~

p/s : tQ totin =)





with tOtin ~


ftin with aisyah ~








p/s : welcum =))

Saturday, April 2, 2011

Debaran kian terasa





Debaran kian terasa.. exam2 yang bakal ditempuhi,, huhu ~`



2/5 = mid term O&G
5/5 = exam modul management ( 9am - 12pm )
5/5 = exam modul psy ( 2pm - 5pm )
6/5 = exam modul O&G ( 9am - 5pm )
16/5 = FFFN 3028 ( MEQ )
18/5 = FFFN 3038 ( MEQ )
19/5 = FFFN 3018
(MCQ)
23/5 = exam OSCE ( 8am - 1pm )
24/5 = running assessment ( 8am - 1pm )

25/5 = VIVA ( 8am
)
15/6 = LJM


p/s : x sampai pn sebulan dari sekarang...ketaqnye !~
p/s : syukron ! insyaAllah..akan sntiasa diingati pesanan itu ~

Pemuda yang IKHLAS dengan chenta ~`



Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud.


kidnaping dari belOg totin..ngee~ ( dh mntk izin ye )

> sangat tersentuh ke dasar hati,,adakah lgi? wujudkah?...

Friday, April 1, 2011

Muhasabah..



BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Mata dan tangan ini kerap sungguh berjalan pada ilmu untuk aku muhasabah diriku.

Mata dan tangan ini, tidak pernah jemu untuk mengoreksi diri dengan apa yang aku ketahui.


Mata dan tangan ini juga, kerap kali cuba mencari bahan ilmiah yang dapat buat renunganku dan para sahabat.


Mataku terpana, hampir menitiskan air mata ketika saat satu kisah ini ku baca.


Mataku terpejam, memikirkan diri yang serba banyak kedosaan.


"Buat apalah adek terkenal di dunia tapi dalam masa yang sama, penduduk langit melaknat adek. Adek lebih memikirkan laknat penduduk langit dari memikirkan rasa diri terkenal di dunia.."


"Ana ni banyak dosa ukhti. Tah Allah ampunkan dosa ana tah tidak. Apa yang ana mampu lakukan, cuba dan berusaha menagih keampunanNYA"


Aku sajikan satu kisah, dan aku mengajak sahabat-sahabat, mengoreksi diri kita, muhasabah, benarkah segala apa yang kita lakukan di dunia ini adalah kerana Allah..


Ibnu Mubarak menceritakan bahwa Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “Mohon Tuan ceritakan hadits Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadits manakah menurut Tuan?
Jawab Mu’adz, “Baiklah, akan kuceritakan.”

Selanjutnya, sebelum bercerita, beliau pun menangis. Beliau berkata, “Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau.”
Kata beliau selanjutnya, “Tatkala aku menghadap Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkendaraan unta itu. Selanjutnya beliau menengadah ke langit dan bersabda:
Puji syukur ke hadirat Allah Yang Berkehendak atas makhluk-Nya, ya Mu’adz!
Jawabku, “Ya Sayyidi l-Mursalin”
Beliau kemudian berkata, ‘Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai hujjah (argumen).
Hai Mu’adz! Sebelum menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut derajat pintu itu dan keagungannya.
Dengan demikian, malaikat pula-lah yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari

Sesampainya pada langit tingkat pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya pada pintu langit pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat Hafadzah:
“Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan ia melewatiku untuk mencapai langit berikutnya!”
Keesokan harinya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal shaleh yang berkilau, yang menurut malaikat Hafadzah sangat banyak dan terpuji.
Sesampainya di langit kedua (ia lolos dari langit pertama, sebab pemiliknya bukan pengumpat), penjaga langit kedua berkata, “Berhenti, dan tamparkan amalan itu ke muka pemiliknya. Sebab ia beramal dengan mengharap dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit berikutnya.”
Maka para malaikat pun melaknat orang itu.
Di hari berikutnya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat memuaskan, penuh sedekah, puasa, dan berbagai kebaikan, yang oleh malaikat Hafadzah dianggap sangat mulia dan terpuji. Sesampainya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata:
“Berhenti! Tamparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah memerintahkanku agar amalan semacam ini tidak pintuku dan tidak sampai pada langit berikutnya. Itu karena salahnya sendiri, ia takabbur di dalam majlis.”
Singkat kata, malaikat Hafadzah pun naik ke langit membawa amal hamba lainnya. Amalan itu bersifat bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, shalat, ibadah haji, dan umrah. Sesampainya pada langit keempat, malaikat penjaga langit berkata:
“Berhenti! Popokkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ‘ujub (rasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri) . Allah memerintahkanku agar amal ini tidak melewatiku. Sebab amalnya selalu disertai ‘ujub.”
Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad, ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari. Sesampainya pada langit kelima, malaikat penjaga mengatakan:
“Aku malaikat penjaga sifat hasud(dengki). Meskipun amalannya bagus, tetapi ia suka hasud kepada orang lain yang mendapat kenikmatan Allah swt. Berarti ia membenci yang meridhai, yakni Allah. Aku diperintahkan Allah agar amalan semacam ini tidak melewati pintuku.”
Lagi, malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wudhu’ yang sempurna, shalat yang banyak, puasa, haji, dan umrah. Sesampai di langit keenam, malaikat penjaga berkata:
“Aku malaikat penjaga rahmat. Amal yang kelihatan bagus ini tamparkan ke mukanya. Selama hidup ia tidak pernah mengasihani orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah ia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku, dan agar tidak sampai ke langit berikutnya.”
Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit. Dan kali ini adalah langit ke tujuh. Ia membawa amalan yang tak kalah baik dari yang lalu. Seperti sedekah, puasa, shalat, jihad, dan wara’. Suaranya pun menggeledek bagaikan petir menyambar-nyambar, cahayanya bak kilat. Tetapi sesampai pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata:
“Aku malaikat penjaga sum’at (sifat ingin terkenal). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan ketenaran dalam setiap perkumpulan, menginginkan derajat tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya, ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku dan sampai kepada yang lain. Sebab ibadah yang tidak karena Allah adalah riya. Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riya.”
Kemudian malaikat Hafadzah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa shalat, puasa, haji, umrah, ahlak mulia, pendiam, suka berdzikir kepada Allah. Dengan diiringi para malaikat, malaikat Hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus hijab-hijab (tabir) dan sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua malaikat menyaksikan amal ibadah itu shahih, dan diikhlaskan karena Allah.
Kemudian Allah berfirman:
“Hai Hafadzah, malaikat pencatat amal hamba-Ku, Aku-lah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku, tatapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untuk- Ku. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku laknat mereka yang telah menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafadzah). Tetapi Aku tidak tertipu olehnya. Aku-lah Yang Maha Mengetahui hal-hal gaib. Aku mengetahui segala isi hatinya, dan yang samar tidaklah samar bagi-Ku. Setiap yang tersembunyi tidaklah tersembunyi bagi-Ku. Pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang telah terjadi sama dengan pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang belum terjadi. Pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang telah lewat sama dengan yang akan datang. Pengetahuan-Ku atas segala yang telah lewat sama dengan yang akan datang. Pengetahuan-Ku atas orang-orang terdahulu sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang kemudian.
Aku lebih mengetahui atas sesuatu yang samar dan rahasia. Bagaimana hamba-Ku dapat menipu dengan amalnya. Mereka mungkin dapat menipu sesama makhluk, tetapi Aku Yang Mengetahui hal-hal yang gaib. Aku tetap melaknatnya…!”
Tujuh malaikat di antara tiga ribu malaikat berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami atas mereka.”
Kemudian semua yang berada di langit mengucapkan, “Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang yang melaknat.”‘

Sayyidina Mu’adz (yang meriwayatkan hadits ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata, “Ya Rasulallah, bagaimana aku bisa selamat dari semua yang baru engkau ceritakan itu?”

Jawab Rasulullah, “Hai Mu’adz, ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan.”
Tanyaku (Mu’adz), “Engkau adalah Rasulullah, sedang aku hanyalah Mu’adz bin Jabal. Bagaimana aku bisa selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?”
Berkatalah Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Memang begitulah, bila ada kelengahan dalam amal ibadahmu. Karena itu, jagalah mulutmu jangan sampai menjelekkan orang lain, terutama kepada sesama ulama. Ingatlah diri sendiri tatkala hendak menjelekkan orang lain, sehingga sadar bahwa dirimu pun penuh aib. Jangan menutupi kekurangan dan kesalahanmu dengan menjelekkan orang lain. Janganlah mengorbitkan dirimu dengan menekan dan menjatuhkan orang lain. Jangan riya dalam beramal, dan jangan mementingkan dunia dengan mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar di dalam majlis agar orang takut dengan keburukan akhlakmu. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan, dan jangan menghancurkan pribadi orang lain, kelak engkau akan dirobek-robek dan dihancurkan anjing Jahannam, sebagaiman firman Allah dalam surat An-Naziat ayat 2.”
Tanyaku selanjutnya, “Ya Rasulallah, siapakah yang bakal menanggung penderitaan seberat itu?”
Jawab Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Mu’adz, yang aku ceritakan tadi akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Dan bencilah terhadap suatu hal sebagaimana kau benci bila itu menimpa dirimu. Jika demikian engkau akan selamat.”
Khalid bin Ma’dan meriwayatkan, “Sayyidina Mu’adz sering membaca hadits ini seperti seringnya membaca Al-Qur’an, dan mempelajari hadits ini sebagaimana mempelajari Al-Qur’an di dalam majlis.”

Marilah sahabat-sahabat, aku menyeru dan meminta agar kita sama-sama mengoreksi diri, berfikir, sudah cukupkah kita redha atas ujianNYA, sudah mampukah kita untuk menerima ketetapan Allah dengan perasaan redha mengharapkan keredhaanNYA.

Marilah sahabat-sahabat, aku menyeru dan meminta agar sahabat-sahabat berfikir ke belakang, di mana letak duduk amalan kita.


Siapalah kita, hanya hamba yang terlalu kerdil atas kekuasaanNYA.


Siapalah kita, terlalu lemah untuk menjadi kebanggaan di dunia.


Wahai teman-teman, fikirkanlah nasib kita di sana, berbanding nasib kita di dunia. Fikirkanlah, wahai sahabat-sahabat, nabi berpesan, di akhir zaman, hanya segolongan sahaja yang benar-benar menjaga akidahnya, dan belum tentu lagi kita ini termasuk di dalam kelompok itu.


Marilah teman-teman, mengadah tangan, memohon belas kasihan Tuhan yang Esa, agar detak hati kita, dan setiap amalan kita, adalah semata-mata untukNYA.


Allahu..


frOm : usrahbanat.blogspot.com

:: Mencari kenalan mudah...mencari kawan susah ::




Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah,
Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama,
sama-sama beragama Islam;
Kawan itu selain seagama ia adalah sama-sama mempunyai cita-cita agama;
Kawan adalah seperjuangan di dalam satu jemaah di bawah satu pemimpin menuju satu cita-cita, cintakan Tuhan,



Sikap kita dan dia adalah sama,
Kesusahan kita kesusahan dia, kesusahan dia kesusahan kita,
Kegembiraan kita kegembiraan dia, kegembiraan dia adalah kegembiraan kita,
Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita, keluarga kita keluarganya,
Masing-masing mengambil berat satu sama lain, tengok-menengok, bantu-membantu sesama,
Seolah-olah kita dan dia satu keluarga, satu ibu dan satu bapa,
Mati keluarganya diziarahi, kita mati, keluarga kita diziarahi, silaturrahim berterusan dan berpanjangan.



Aib dia kita tutup, aib kita dia tutup, sayang-menyayangi, kasih-mengasihi,
Lama tidak berjumpa rasa rindu bila bertemu susah hendak berpisah,
Mana ada orang yang kita bertemu semacam ini,
Di sini baru kita faham mencari kawan itu susah, hampir mustahil,
Mencari kenalan mudah berlaku,
Di sinilah rahsia mengapa umat Islam di hari ini tidak boleh bersatu.

frOm : srikndiislamiyyah.blogspot.

untuk CALON SUAMI dunia akhiratku




Bismillahirrahmanirrahim..


Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Duhai calon pemilik tulang rusukku..




Aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu. Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus..


Duhai calon imam dalam solatku..
Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.
Dengan deru doamu seiring 'aamiin' dari lisanku..Dalam hening malam
air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa..





Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh..
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu..


Duhai calon pengusap air mataku...
Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad..


Duhai calon ayah dari para mujahid-mujahidah kita...
Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanamkan ilmu agama agar mujahid mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.


Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…


Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri,
agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa,
engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang
engkau miliki,
karena aku takut dapat memudarkan imanku..


Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan qabul darimu..
Yang menyambut ijab dari waliku..
Insya Allah, sedia menanti di sini..^^,


p/s: Perkongsian dari FB sahabat

Simple, quite amusing but sweet and deep in heart ~

1 April ~`



Jam sekarang dh pn menunjukkan pukul 2 pagi..ohooii ! mataku, bila nak rest ni...besok ade klas lagi kot, berjaga mcm besOk tuh xdk klas je..huhu ~



Garang?...armm, garang ke aku..hahah
first time seseorang mengatakan aku ni garang orangnye..
bgus larh...ade jgk rpenye..ngee~
sbbnye, kalu aku wt grang cm mne pn.. rata2 x ktakn aku cmtu...
"lembut"... lembut aku tpi ade jgk ketegasannya, tidak perlu dipamerkan untuk sekian kali, haruslah mengikut situasi yang dialami...harus bijak menggunakan sift2 ini dgn situasinya...** aku sedang belajaq untuk mnjadik lebih baek ~

>> kadang dgn some persOn,, aku sengaja pamerkan sifat2 yg ntah pape nih...
biaq la orang trima da bad thing about me dulu...sbb kalu gud thing yg dtang kemudian tuu x mnjadik hal larh kn..=) ** yg pnting..be ur self ~

>> aku = nakal jgk kdang2 =p





*********************





Tarikh hari ni 1 April...selalu dlm kotak memory sbbnye ayhndaku tercheNta lahir pada tarikh ni.. tyme2 cmni mne bleh nk wish, besOk eda calling2 abh ey ^^ insyaAllah ~

Ya TuhANku..ku bersyukur ke hadratMu atas kehidupan semntara yg dipinjmkn ini dpt lagi aku bersama2 dgn orang yg sangat aku kasihi..ku pOhon, Kau ampunilah dosa kedua ibubapaku seperti mana mereka memeliharaku sedari kecil..titipkan larh nikmat kesihatan, keimanan buat keduanya. Ku pohon Ya Rabbiku, izinkanlarh aku mnjaga mereka dengan sepenuh kasih dan sayangku, aku thu walau segala yg aku lakukan tidk dpt mbalas jasa keduanya.. Moga, insan yang aku sayangi ini sentiasa berada dalam redhaMu ya Rabbi ku..amin ~

** ku poHon,, bntu larh hmbaMu ini..didiklarh jiwa dan sifatku ini agar sntiasa mnjdi penyejuk hati keduanya...

** jika suatu hari, di saat aku menemui calOn imam dalam sOlatku yg tidak aku ketahui siapa..di saat itu, aku thu..tnggungjwabku adalh buatmu, namun harapnku...dalam melaksanakan tnggungjwab itu jgn larh kita alpa dan lupa kpda insan yg telah bnyk berkorbn dlm mndidik kita..