welcOme ^^

~

Sunday, January 29, 2012

JIka aku~~


Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Pimpinla aku menuju redhaNya,

Bukan membuka jalan untukku,

Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,

Pandanglah aku dengan kekuranganku,

Nilai kembali niatmu,

Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,

Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,

Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,

Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,

Kepada yg menentukan,

Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,

Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,

Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,

Menjadi permaisuri hati,

Ketahuilah,

Tidak ku pinta kemewahan dunia,

Tidak ku mahu kaya harta,

Tetapi aku minta,

Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,

Berikan aku jaminan,

Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,

Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,

Ketahui la,

Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,

Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”


Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/jika-aku-pilihanmu/#ixzz1kpQkZ2Y3



p/s : im speechless,

" Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan
dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan.
Namun andai antara hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMu, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya "



" Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nasfu..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada hatiMu.."



Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
seorang ikhwah yang memerlukan dukungan sebagai peneguhnya
seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya
seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna



" Ya Allah, kurniakanlah kami
Cinta terhadapMu dan cinta
kepada mereka yang mencintaiMu, dan
apa sahaja yang mendekatkan
kami kepada CIntaMu, dan jadikanlah
CintaMu itu lebih berharga
bagi kami daripada air yang
sejuk bagi orang yang dahaga "

Amenn Ya Rabbal a'lamin~~

2 comments:

zulhilmi said...

Trbaek worrrr
T.T

miera-in said...

good article puteri! :D
aik semenjak 2menjak ni..cinta diutarakan ehem2 hihi gurau2 ja
suke bce blog die! ^_^