welcOme ^^
Tuesday, January 31, 2012
(¯`•.¸ღ DALAM DIAMKU (¯`•.¸ღ
Sunday, January 29, 2012
JIka aku~~
Saturday, January 28, 2012
Nice one! ~
In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..
The young lady could find no place of refuge except this very mosque.
When the student saw her, he ordered her to leave immediately.
He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.
Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.
While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.
The young lady had been carefully observing this.
Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”
Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:
‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.
She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.
After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”
Finally , they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons, Beauty, Weath..
Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?
Komik ini dipetik dari blog Serikandi Sang Pencinta.
Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.
Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.
Baca lebih banyak komik-komik Islam di Muslim Manga.
p/s : suke kOmik ni, cOmel and sweet~
Wednesday, January 25, 2012
.........
Bismillahhirohmannirrahim, assalammualaikum~~
Malam yang hening, jari jemari aku kini rancak bergerak setelah lama tidak menulis sesuatu di alam maya ini.. Seminggu yang lepas, kesihatan aku sedikit terganggu...menyebabkan aku hanya ingin berehat sahaja d rumah, tidak berminat langsung untuk melayari internet atau sebagainya. Aku terase begitu lemah, Ya Allah kuatkan aku.. aku perlu sihat untuk menunaikan tanggungjawab membantu pesakit yang lain..aku cuba bertahan namun ianya berlanjutan menyebabkan aku mengagahkan jugak diri untuk ke klinik, kalau diikutkan rase hati malas sangat sebenarnye nak ke sana..*aku x suka sangat2 menunggu,huh! ..Selepas pemeriksaan, x sangka pulak aku perlu mengambil darah..sebenarnye,walaupun aku seorang nurse seriusly takut jugak kalau diri dicucuk..sakit!..hmmm..tpi x pela, just waiting 4 da result. Sedikit kerisauan, memang tidak dapat aku nafikan..Aku tahu Ya Allah, setiap ujian yang mendatang adalah buat penghapus dosa2 kecil jika kita redha dengannya..Aku pohon, bntulah hmbaMu ini..ditetapkan iman d hati~
* hargailah nikmat kesihatan yang dianugerahkan kerana sewaktu kesakitan didatangkan sebagai ujian, ia sedikit sebanyak akan membataskan pergerakan..walau ape pn, kita perlu redha dan sabar atas segala ujian yang diberi. Semoga redha Allah hadir bersama.insyaAllah ~~
Untuk kamu..maaf, bukan sengaja untuk mungkir janji..maaf andai ade kata2 yang diungkapkan mengguris hati..n thnks a lOt 4 everthing, da book,ilmu yang bermanfaat, da cake..i like! =)
Saturday, January 7, 2012
Ukhuwah itu indah..=)
Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati
Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.
Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!
Ukhuwah
Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.
Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :
1. Ta'aruf : Saling Mengenal
2. Tafahum : Saling Memahami
3. Ta'awun : Saling Menolong
4. Takaful : Saling Menanggung
5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri
Di mana letaknya ukhuwah kita?
Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.
Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.
semoga Allah perkenankan.
"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).
- Artikel iluvislam.com
Mengharap padaNya~
Ku simpan namamu di sudut hati~
Friday, January 6, 2012
Sanah helwah buat diri~~
Ku panjatkan kesyukuran padaMU untuk usia yang telah diberi. JUmaat, penghulu segala hari bersamaan 6 Januari genap kelahiran aku yang ke 22 SYUKUR! terima kasih Ya Allah kerana dengan izinMU dapat aku terus bernafas dan untuk rezeki yang telah KAU kurniakan. Sesungguhnya banyak yang telah KAU berikan tetapi terl
Menjangkau ke usia 22, membuat aku terasa masa berlalu begitu cepat, dan 2 hari sebelOmnya adalah kelahiran shbat kesayanganku FATIN AKMAR RAZALI..kmi beza hanyalah 2 hari, tu bermaksud kamu k.lOng..aku k.ngah dan little sis kIta FARAH ATIQAH KHAMIS * adik la yeh * =P Luv bOth of u so much!! dari thun satu smpai s
Wednesday, January 4, 2012
11 jenis manusia yang didoa malaikat~
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’“
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.“
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Sumber: http://akuislam.com/blog/mauidzah/11-jenis-manusia-didoa-malaikat/#ixzz1iUvutXTc