welcOme ^^

~

Friday, March 18, 2011

Open secret about myself ~_^

> 20 things about me <
  1. luv children, klu baby lgi la..** rsa nk cbit2 je kot pp diorng tuu selalu, hgeh3
  2. sangat sukakan kekemasan, smart..** sejuk mata memndang + ktenangan dpat diliht disitu ~
  3. anak ke-5 daripada 6 orang adik beradik...( 3 lelaki n 3 perempuan )
  4. luv ais krim + coklat + bnda yg comeyh + uniq..
  5. time tdo msti kne ade bntAL pelok..klu tidak ssh nk tido ~ ** klu pegi kem,pndai plak bwak diri..nseb baek =P
  6. luv listening too music, lyan lagu2 yg sedap didengar je..lebih ke nsyed, slow tone music..
  7. ske berblogging plak sekarang nih, bnda ape yg aku merebenkn pon nth ler..huhu
  8. tak suke sgt mkn syur..even as a health care provider,serius x bleh nk telan nk buat cmner kn..tpi..tpi..tpi...! bukan semua larh aku x mkn, da selected vege je okeyh..hrap mklum =P
  9. klu time free tuu,kt rumah la selalunye, aku ske blaja bnda baru..cm blaja msak ape2 yg aku suka la, mnjhit pun minat jgk..kdang2 g maen bowling + jog pn ske jgk...okeyh la tuu,aktiviti riadah yg shat kn...time free lgi, tidO...heheh =P
  10. haaa...klu jiwa kcau ke,tnsion la i mean..al- mklum ngadap bku je** hahah menipu gler la namanye tuh kn =P aku ske jln2 kt area tasik depan ppukm ni haa,tu pn klu rjen la sebab aku sangat sukakan pemandangan yg mnyejukkn mata,penuh kehijauan..
  11. klu xdk pape sgt, aku lbih suke stay je kt umh...tpi klu dh alang2 b'jln mne2 ke,baek kita jln sakan kn...hee~
  12. aku nih sensitip jgk orangnye.. dan alergic pada habuk ~
  13. 'shy' mmng pn,perlu ada dlm diri iye dak ^_*
  14. ske bc bku2 berunsur islamic n motivation, sbb bnyak input yang kita boleh perolehi,yg baek jdikn teladan,yg kurang baek jdkan sempdan...( " , ) novel ok jgk kot ~
  15. x suka menunggu,orang yg x hrmat orang tua,mungkir jnji,selfish,orang yg bertalam2 mukanye + cheater + backstabber !
  16. penulis tangan kiri = diriku si kidal ~~
  17. geli ngn reptilia** ade incident yg x bleh dilupa ( mlu plak nk ceqhita,hik2 )
  18. emphaty,, cepat menangis kalo tgk cte yg sdey2 nih..huhu,ntah pape je kn
  19. cepat pening kpla klu kene pnas,dulu x pon..bleh je thn berkawat unit unifOrm smpai jdi gelap,haha
  20. suka melihat keindahan alam ciptaan yg Maha Esa..klu kt hostel lama suke tengOk bintang + bulan b4 tido,chanteek sgt ! =) ** sekarang kalu tngOk luar bukn nmpk bulan,bintang..nmpk pokok2 je... T__T

>> 20 cukup ! x lbeh x kurang =)


p/s : ramai yg bertanya kenape puteri ?? hmm, sebbnye mak n abah yg berikan... ^^
kalu nk tahu semua adik beradik akan dimulai dengn PUTERI utk perempuan n MEGAT utk lelaki...

>> ada jgk yg selalu tnya anak rja ke...hahaa, maleh kdang nk mnjwab =P
hmmmm, act...bukn ank rja mne2 naa, cumanye ikut kerabat belah abah ( 'megat' tuh ) n salah silah sebnrnye cheq pOn kurang pasti..

Thursday, March 17, 2011

kembara mancari tarbiyah diri ~~



Syukur Alhamdulillah buat semua teman2...


Terima Kasih daku ucapkan buat sahabat yang banyak

menyokong daku sehingga teguh daku disini mencari redha Ilahi..

Terima Kasih daku ucapkan buat sahabat yang banyak
Menasihatiku daku dari segenap penjuru itu menjadi kekuatan buat ku mencari redha Mu..

Terima Kasih daku ucapkan buat sahabat yang banyak

Memberikan daku kalam taujihat, sebagai insan yang lemah bertatih di bumi Allah yang fana...:)

yang pasti……

Penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna...
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga...
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah...
Penulisan ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama...
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..

Alhamdulillah,,ku rafa’kan,,ku penuhi dada ini dengan sekalung mahabbah kesyukuran buatMU Rabbi,atas pinjaman nafas ini, yang sememangnya,,tidak dapat dijual beli,,Syukurillah,,atas setiap nikmat yang tidak putus,menjamah tubuh ini,memenuhi setiap keinginan hamba yang hina ini..SUBHANALLAH..! ALHAMDULILLAH..! ALLAHU AKBAR..!

~ Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT...from the Lord we cometh,and to Him we shalt returneth... ♥~
Cetusan Rintihan Buat insan bergelar Hamba,,Kembara Mencari Tarbiyah Diri..





Rabbii,Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar,yang menginfakkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad.Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan AD DIEN-MU..

Ya Allah Ya Rahman, Izinkan aku mencintaiMu,melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur pada tangan-tangan kecil diperempatan jalan,pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di bawah-bawah jambatan.Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan, teman,sahabat handai..


Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya ibadah Solat, salah seorang sahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.Kerana itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,dalam solat yang cuba kudirikan penuh rasa tawaduk, meskipun ingatan terkadang melayang kearah mehnah dunia,yang sentiasa menjadi siulan bernama “insan”…dan,,aku juga sedar,,aku adalah insan yg lemah,,namun,,kelemahanku,Engkau sorokkan di khalayak manusia,,Subhanallah,,Maha Suci Engkau Ya Rabbi..


Rabbi, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,yang membaktikan dan menyerahkan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lail ku.Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah napas kepasrahan tidurku.


Ya Quddus,,Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku.Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.


Yaa Rahim…….Aku tak sanggup mencintaiMu seumpama cintanya Sumayyah,yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu.Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu.Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkansedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.


Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.


Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya,bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya,dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alamsemesta.Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii


Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.


Ya Rabb,
episod diariku kali ini,
hanya luahan rasa syukur,
syukur yang teramat syukur,
atas segala nikmatMu...berilah aku kesihatan yg terbaik,,Ameen..

sahabat2,,doakan kesihatan sy,,,dalam senyuman,terselit duka,,biar diri tersenyum manis,demi sahabat,,asalkan duka yg pahit,,ku genggam erat, berbicara bersama Rabbi,,kerana aku pasti….





“tanpa ujian
kita sendiri tidak mengetahui menilai siapa diri kita...
terima kasih kepada yang menganugerahkan ujian itu..
dan..

Ujian
itulah yang membuat kita
mengenali diri,
siapa kita,
kemana kita dan
dimana berakhirnya kita...

Kerana sesungguhnya…
~from the Lord we cometh,and to Him we shalt returneth...~
DUNIA itu REALITI Tapi MATI itu PASTI...

Luv letters 4 my soul ~




Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.





Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.




Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya
"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "





Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".


Wednesday, March 16, 2011

risaunye hati ~~




haisshhhhh...astagfirullahhal'azim3x ~~
Ya Allah,,jauhilah segala syaitan yang direjam....
nak jdik hape la nih
tdi dalam dok belek2 bku ckit
x smpai pn 2 mka dh terlelap
tetido qhupanye akuh
dah la bkn selalu nak belek2 buku cm tuh..
" rajenkan lah dirimu wahai ptri "
kerana ianya akan mnntukn msa depan nnti..
hati memang gundah gulana..
bila terqhingatkan exam..exam..exam..exam..exam..exam..
huh !
ssesak nafas...
sebab ape word 'exam' tuh diulang2
haa ni hbaq, sebabnye mmang lebih dari 1 exam yg perlu dihadapi...
semalam dapt info psal trikh2 keramat tuh..
hmmmmmm...
tkut + risau + letih + malas..
tuu la masalahnye...
malas tuu mesti nak ikut jgk..
haisshhhhhh...
mmang kene lawan, Ya Allah kuatkN lh semangaku ini selalu
bnyak lgi sebenrnye yg perlu dicover + dicongak
permudahkan lah hmbamu ini dan shabat2ku yang lain
dalam pembelajaran kami..
mak,abah...
doakan lh anakmu ini,
jauhi dri penyakit yg paling bhaya = malas tu
mudah2an semuanya berjaya dengan cemerlang nnti
insyaAllah ~~




** mmang sgt brharap sokongn drp orang2 terchenta sekarang nih...tok tiupkan semngat , engtkan selalu kerana hmba ini kdang selalu alpa ~_*

kisah cinta agung bersenikan diam ~



Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan ke sediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan ba
hawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. m
ata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempu
nyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Baka
r r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat
kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu be
lum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri m
engenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilaka
n duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada d
alam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih k
anak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Sete
lah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahny
a: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thal
ib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukan
nya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju be
si saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan p
erasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah
denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “
Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

*********************************************
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.




Sumber: http://balqissoleha.blogspot.com/2011/01/kisah-cinta-agung-bersenikan-diam.html

= ____ =





from MEDIKAL ---------> now = SURGERI ward...

cepat btol msa nih brjalan...
klu ada tngkat skti ke hape, nk je aku hntikn masa nih kjab..hehe =P
dalam dok tkt nk posting under modul ni dulu,
sekrang dh masuk minggu ke-4 dh pon..
alhmdullillah...
bnyak sgt yg aku dapt belajar...
suka plak rsa bila sesuatu tuu kita tahu setiap functionnye..
dapat praktikkan semuanye kt sini..
yg penting yakin dalam buat sesuatu..
knowledgeable..
belajar dari pengalaman jgk...huhu




****





Tuesday, March 15, 2011

gatal sgt tngn nih...sob2,,nak2 blog yg asal ... :(

hmmmmmmmm..

maleh nk pk, nnti btol2 free bru edit lain blog nih..nk siapkn esaimnt dulu ~